inaugural poem | puisi inugeral | Kesusasteraan | Tiada | Syarahan atau ucapan yang disampaikan dalam bentuk puisi pada majlis pengiktirafan. Contoh: Pengucapan Kemala dalam Majlis Penganugerahan Sastera Negara. |
psalm | mazmur | Kesusasteraan | Puisi | Kelompok puisi keagamaan yang dicipta dengan tujuan untuk memuji kebesaran Tuhan. Contohnya, "Titir dan Zikir" karya Kemala (Ahmad Kamal Abdullah) dan "Di Malam Gelita Joi" karya Suhaimi Haji Muhammad. |
repetend | baris ulang ragam | Kesusasteraan | Tiada | Unsur ulangan pada perkataan, rangkai kata atau ayat kecil yang berlaku dalam puisi. Contohnya sajak karya Kemala, "Kaktus-kaktus" (Kaktus-kaktus, 1976, hlm. 22): ada nama ada nama di mata pawana ada mata ada mata di dada suasana ada dada ada dada mega-mega ada nama ada mata ada dada. |
heptastich | saptabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi tujuh baris serangkap tetapi tidak dalam semua rangkapnya. Contohnya. puisi "Pada Setiap Kali Kau Tiba. Ogos" karya Kemala yang hanya rangkap pertama sahaja mengandungi tujuh baris. Pada setiap kali kau tiba, Ogos bumi dan hati ini melapangkan ruang buat kata hikmah harga diri awan hitam semalam awan hitam belenggu terbenam di kaki hari. (R:1, 7 baris) (R:2, 12 baris) (R:3, 9 baris) |
sestet | sadlarik | Kesusasteraan | Puisi | Nama bentuk puisi, iaitu bait atau rangkap-rangkap puisi yang semuanya terdiri daripada enam baris. Contohnya, puisi "Harmoni di Matamu" dalam kumpulan Era karya Kemala. Sinonim sestet. |
dysphemism | desfemisme | Kesusasteraan | Puisi | Gaya pengucapan sesuatu pemikiran dalam nada yang kasar. Walau bagaimanapun ungkapan yang digunakan itu tidaklah sampai menyinggung perasaan pembaca atau khalayak pendengar. Contohnya, puisi "Celana Dal am" dalam antologi Kemala 152 karya Ismail Muhammad. Sinonim ungkapan kasar. |
interlude | selingan | Kesusasteraan | Puisi | Sesuatu citra lain yang disisipkan oleh penyair di antara dua citra utama yang berkaitan. Dalam puisi ini ombak dan laut diimejkan seorang nenek dan anak gadis. Contohnya, puisi "Laut" karya Kemala. Akulah laut gadis, cantik tidur di peraduannya sisik-sisik riak di tubuhku Iukisan detik dan tarian angin bersatu dIg.emersik ingin saujana ketenangan ini. Akulah laut pemuda tangkas asuhan waktu gelegak ombak menjadi kata deru menjengkau ufuk muzik terdampar ke benteng karang lalu kenal diri. |
anaphora | anafora | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang mengulang satu perkataan atau lebih pada awal baris puisi. Pengulangan ini menimbulkan kesan keindahan bunyi dan bertujuan untuk menguatkan pernyataan maksud. Contohnya, petikan puisi "Kasih Petani Buta" karya Kemala seperti petikan di bawah. Sinonim ulang awal. kasihku subur dalam mata keluarga kasihku luhur dalam hati isteri setia kasihku hidup dalam pelukan padi di sawah kini kutatap semua dengan jiwa kini kudekap segala dengan rasa. |
matrix | matriks | Kesusasteraan | Puisi | Acuan yang menjadi dasar terutamanya pada tema dan persoalan untuk mencipta puisi-puisi yang lebih kemudian. Contohnya, puisi "Lahirlah Engkau" untuk anaknya Iskandar karya Usman Awang, kemudian puisi "Sayang Akmar" oleh Kemala (Ahmad Kamal Abdullah), puisi "Iza Hairani" karya Dharmawijaya dan diikuti penyair-penyair yang lain . |
pastoral poetry | puisi desaan | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang menonjolkan citra-citra yang berhubung dengan kehidupan masyarakat desa yang diselubungi dengan suasana yang aman tenteram. Alamnya masih bersifat semula jadi kerana belum dicemari. Contohnya, puisi ''Kasih Petani Buta" karya Kemala. |