accident rate | kadar kemalangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jumlah kemalangan yang berlaku berpunca daripada kecenderungan kemalangan. |
accident (aircraft) | kemalangan (pesawat udara) | Aeroangkasa | Tiada | Kemalangan pesawat udara yang melibatkan kerosakan besar kepada struktur, enjin atau melibatkan cedera parah kepada penumpang.,Kemalangan pesawat udara yang melibatkan kerosakan besar kepada struktur, enjin atau melibatkan cedera parah kepada penumpang. |
accident frequency | kekerapan kemalangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kadar terjadinya kemalangan yang biasanya dinyatakan dalam tempoh yang ditentukan. Kadar ini digunakan untuk mengukur keberkesanan perkhidmatan pencegahan kemalangan. |
conflict study | kajian konflik | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Kaedah untuk menilai keadaan hampir kemalangan dan meramal potensi kemalangan. |
accident | kemalangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Sesuatu yang tidak menyenangkan yang berlaku akibat kelalaian. 2. Catatan tentang kekerapan dan keparahan sesuatu kemalangan yang berlaku didalam sesebuah organisasi, untuk mengenal pasti pekerja yang selalu terlibat di dalam kemalangan tersebut. |
accident takaful | takaful kemalangan diri | Ekonomi | Ekonomi Islam | Skim perlindungan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau kecederaan peserta yang disebabkan oleh kemalangan. Tempoh perlindungan yang diberi adalah berjangka pendek, iaitu bagi suatu tempoh perjalanan. Perlindungan yang diberikan oleh takaful ini boleh merangkumi kemalangan yang berlaku di semua tempat pada setiap masa, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan dalam sijil. |
personal accident and all sickness policy | polisi semua penyakit dan kemalangan diri | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi yang membayar amaun insurans yang telah ditetapkan bagi kematian atau kecederaan anggota badan atau penglihatan akibat sesuatu kemalangan dan/atau hilang anggota akibat kemalangan atau penyakit. |
occupational accident | kemalangan pekerjaan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kemalangan yang timbul atau berlaku semasa perkhidmatan seseorang disebabkan oleh bahaya yang terdapat di dalam atau yang berkaitan dengan pekerjaan. |
injury accident | kemalangan cedera | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Kemalangan yang melibatkan satu kecederaan atau lebih, termasuk kecederaan parah dan ringan serta maut. |
slight accident | kemalangan ringan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Kemalangan yang melibatkan kecederaan ringan dan mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar atau dirawat sendiri. |