Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemampanan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
green rating systemsistem penarafan hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSistem yang dibangunkan untuk menilai kemampanan projek pada semua peringkat kitar hayat alam sekitar. Penilaian merangkumi fasa perancangan, reka bentuk, pembinaan dan operasi. Contohnya, penarafan bintang hijau dan indeks bangunan hijau.
sustainable designreka bentuk mampanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPendekatan perancangan sesuatu projek yang mengambil kira prinsip kemampanan sosial, ekonomi dan ekologi untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.
green building indexindeks bangunan hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKaedah penarafan metrik pada bangunan hijau untuk menggalakkan kemampanan dalam alam sekitar yang direka bentuk. Kaedah ini akan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pihak berkepentingan seperti pemaju, arkitek, jurutera, perancang, kontraktor dan orang awam mengenai isu alam sekitar dan tanggungjawab terhadap generasi akan datang.
economic instrumentinstrumen ekonomiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauFiskal dan bentuk insentif lain serta bukan insentif yang digabungkan dengan kos alam sekitar dan keuntungan dalam perbelanjaan perniagaan dan isi rumah. Instrumen ekonomi bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran yang mesra alam sekitar, kemampanan penghasilan dan penggunaan melalui harga kos penuh.
Good Collection Practices (GCP)Amalan Pengumpulan Baik (GCP)HerbaTiadaGaris panduan berkaitan dengan amalan dan prosedur yang perlu dipatuhi untuk pengumpulan dan penuaian bahan herba. Kakitangan yang terlibat mesti mahir, mempunyai latihan botani yang memadai serta tahap kebersihan dan kesihatan yang baik. Semasa pengumpulan, peralatan dan kemudahan yang digunakan harus bebas daripada pencemaran silang dan bahan herba yang dituai mestilah mengandungi hasil dan komponen kimia aktif pada tahap yang optimum. Pengumpulan liar harus mematuhi peraturan pemuliharaan negara dan serantau, dan tidak menyebabkan pemusnahan biodiversiti. Bahan terkumpul harus bebas daripada rumpai toksik dan harus diangkut secepat mungkin ke tapak pemprosesan. GCP ini merupakan sebahagian daripada proses jaminan kualiti untuk memastikan penghasilan bahan herba yang berkualiti tinggi dan produk herba yang selamat dan berkesan. Amalan ini juga dapat mengawal kemampanan bahan herba dan kelestarian sumber semula jadi. Sinonim GCP.

Kembali ke atas