Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.man.di.rian] | کمنديرين

Definisi : perihal (keadaan) dapat berdiri sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemandirian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
natural selectionpemilihan alamiBioinformatikBioinformatik MolekulPembezaan kemandirian dan pembiakan individu yang disebabkan oleh perbezaan fenotip, yang merupakan mekanisme utama dalam evolusi.
black powerkuasa kulit hitamSains PolitikPolitik PerbandinganSlogan yang menjelaskan tentang aspirasi masyarakat kulit hitam keturunan Afrika sama ada yang berada di Afrika atau di luar Afrika berhubung dengan persoalan kemandirian kebangsaan. Slogan ini menghuraikan kesedaran bersama secara positif di kalangan masyarakat berkulit hitam. Slogan ini juga menyeru semua masyarakat kulit hitam ulltuk mewujudkan satu identiti sepunya di kalangan mereka sebagai satu kelompok etnik, menegakkan budaya kulit hitam dan bekerjasama secara kolektif ke arah yang lebih progresif. Dari segi sejarah, slogan ini dipopularkan oleh seorang pejuang kulit hitam di Amerika Syarikat iaitu, Willie Ricks (sekarang lebih popular dengan panggilan Mukasa) di sekitar tahun 1960-an. Beliau merupakan ahli Parti Sosialis Masyarakat Afrika di Amerika Syarikat. Antara tokoh lain ialah Muhammad Ali, Martin Luther King dan Malcolm X.
desert locustbelalang gurunBiologiTiadaBelalang yang terdapat di padang rumput di Afrika dan di Asia. Belalang ini berpindah dari satu tempat ke satu tempat dalam kelompok yang besar dan perpindahannya mengikut gerakan sistem tekanan rendah yang membekalkan hujan untuk kemandirian telurnya di dalam tanah.

Kembali ke atas