Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemasyarakatan;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social sciencessains kemasyarakatanSains PolitikPolitik PerbandinganCabang ilmu atau sains yang mengkaji perlakuan manusia dalam aspek sosial dan budayanya. Bidang ini merangkumi disiplin antropologi, sosiologi, psikologi, sains politik, ekonomi, linguistik, geografi, pengajian pembangunan, komunikasi politik, undang-undang, ekonomi, pengurusan perniagaan dan sebagainya. Walau bagaimanapun disiplin undang-undang, ekonomi dan pengurusan perniagaan telah berkembang dengan pesat dan sudah memiliki subbidang tersendiri. Contohnya, bidang penyelidikan sains sosial di Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor kaum kerana latar belakang masyarakat yang sangat majmuk. Sinonim sains sosial.
social sciencessains sosialSains PolitikPolitik PerbandinganLihat sains kemasyarakatan.
social planningperancangan sosialPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses perancangan yang mementingkan aspek kemasyarakatan.
neighbourhood restorationpemulihan kejirananKriminologiKeadilan JenayahSatu kaedah pencegahan jenayah untuk menyelesaikan masalah persekitaran dan kemasyarakatan di sesuatu kawasan kejiranan. Contohnya, penyediaan taman permainan di kawasan kejiranan yang berpendapatan rendah bagi menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang sihat sekali gus mengelakkan keterlibatan mereka daripada tingkah laku melencong.
general willkehendak umumSains PolitikPolitik PerbandinganKepentigan yang melibatkan keperluan bersama dan sepunya dalam sesebuah masyarakat. Keperluan ini berbeza dengan kepentingan individu yang hanya bersifat peribadi. Dalam urusan kemasyarakatan, kehendak umum lebih diutamakan dan dengan ini kepentingan persendirian terpaksa diketepikan. Konsep ini diperkenal oleh tokoh falsafah Perancis iaitu Jean Jacques Rousseau. Contohnya, pertahanan dan keselamatan negara merupakan satu kehendak umum yang diterima semua.

Kembali ke atas