Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.ba.li] | کمبالي

Definisi : 1. pergi ke tempat asal (ke tempat seseorang itu berada sebelumnya), balik (ke rumah, pejabat, kedai, dll), pulang: aku pun ~ ke kedai; orang-orang tahanan itu diberi kesempatan ~ melihat keluarga masing-masing; ~ asal balik asal (kembali semula kpd asalnya); ~ ke negeri yg baqa (kekal) = ~ ke rahmatullah meninggal dunia; 2. = wang ~ wang baki kerana bayaran yg berlebihan (yg harus dipulangkan kpd pembayar), wang kelebihan: Encik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit; 3. semula (buat kali keduanya dan seterusnya), lagi, sekali lagi: di pekan Yan, kami telah bertemu ~ dgn beberapa orang teman dr Sungai Petani; kini aku berada ~ di kampung; 4. kata yg kerap digunakan bersaingan dgn kata kerja utk menyatakan atau menunjukkan pengulangan sesuatu perbuatan (pemulihan sesuatu kpd kedudukan asalnya, pemulangan sesuatu ke tempat asalnya, dll); membayar ~ memberi balik hutang atau wang yg telah diterima (supaya tidak berhutang lagi); meminta ~ sesuatu meminta balik sesuatu (meminta supaya dipulangkan sesuatu yg telah diberikan atau dipinjamkan); menarik ~ (usul, keputusan, dll) menyatakan batal atau tidak akan diteruskan dsb (usul, keputusan, dll); menceritakan ~ mengulang cerita atau kisah yg telah didengar (dibaca dll); menyusun ~ mengulang menyusun lagi (menyusun semula); sekembali sebaik-baik kembali atau pulang (dr), sejurus (tidak lama) selepas pulang dr (sesuatu tempat); mengembalikan 1. mengirimkan (meng­hantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (me­nyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kem­bali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kem­bali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu; kembalian sesuatu barang dll yg dikembali­kan: penerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~; kekembalian perihal kembali; perkembalian perihal kembali, kepulangan: ~ Rawon telah diterima dgn cucuran air mata oleh ayahnya; pengembalian perihal (perbuatan dsb) me­ngembalikan, pemulangan, pemulihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.ba.li] | کمبالي

Definisi : 1 balik ke tempat asalnya; pulang: Suaminya masih belum ~ dr pejabat. ~ ke alam baqa (kekal), = ~ ke rahmatullah meninggal dunia. 2 lagi; sekali lagi; semula: Di sana, kami telah bertemu ~. 3 kata yg digunakan utk menyatakan pengulangan, pemulangan dll; semula: Dia menceritakan hal itu ~. mengembalikan 1 memulangkan sesuatu kpd tuannya; memberi balik: Mereka telah ~ semua surat yg tidak bertandatangan. 2 memulihkan atau mewujudkan keamanan dll kembali: Apakah langkah yg perlu diambil utk ~ keamanan di kawasan itu? pengembalian perbuatan (hal dsb) kembali atau mengembalikan; pemulangan; pemulihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembali
1. Bersinonim dengan balik
( pulang)
(kata kerja:)
Berantonim dengan pergi

2. Bersinonim dengan baki
( lebih)
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan semula
( lagi, sekali lagi, )
(adverba:)

Kata Terbitan : sekembali, mengembalikan, kekembalian, pengembalian,

Puisi
 

Burung serindit terbang melayang,
     Mari hinggap di pohon jati;
Wahai adinda kekasihku sayang,
     Kembali kasih si buah hati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sesat surut,
     terlangkah kembali.

Bermaksud :

Memperbaiki kesalahan yang telah terjadi.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flashbackimbas kembaliKesusasteraanTiadaTeknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot ke belakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbulan. Contoh imbas kembali ditemui dalam novel Azmah Nordin berjudul Mega Nisaa, Halusinasi dan Singgahmata. Teknik imbas kembali juga terdapat dalam filem. Lihat juga in medias res.
ground return systemsistem kembali bumiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPendawaian litar elektrik kenderaan yang menggunakan casis, rangka, badan dan enjin sebagai litar kembali ke terminal negatif bateri.
back-to-city movementgerakan kembali ke bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu fenomena penduduk yang meninggalkan bandar untuk tinggal di pinggir bandar dan kemudiannya kembali semula untuk tinggal di bandar.
elastinelastinFizikNanoteknologiProtein kenyal pada tisu yang bersambungan antara satu sama lain dan membenarkan tisu pada badan kembali kepada bentuk asal selepas regangan atau kecutan. Protein ini membantu kulit kembali kepada struktur asal selepas dicubit atau ditekan. Elastin terdiri daripada asid amino, glisina, valina, alanina, dan pralina. Elastin pada dinding arteri muncul dalam bentuk helaian atau membran yang berlubang dalam pelbagai saiz.
throwbackimbau kembaliUmumTiadaMengenang sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada masa lampau.
word findingingat kembali kataSains KesihatanTiadaKesukaran menghasilkan perkataan yang dikehendaki. Sin: word retrieval.
word retrievalingat kembali kataSains KesihatanTiadaLihat: word finding.
vapour-return linesalur kembali wapKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSalur dari pam bahan api ke tangki bahan api untuk mengembalikan semula wap yang terbentuk di dalam pam ke tangki.
automatic reinstatement clausefasal kembali semula automatikinsuransTiadaFasal yang tidak akan mengurangkan jumlah diinsuranskan walaupun terdapat tuntutan yang telah dibayar.
adaptationsaduranKesusasteraanPuisiPengolahan kembali sesebuah puisi kepada jenis lain seperti cerpen, novel dan drama tetapi ciri-ciri asalnya dipertahankan. Contohnya, puisi "Gadis di Kuburan" karya Usman Awang dijadikan drama 'Muzika Uda dan Dara'. Nisan condong tegak bertaburan Gadis menangis kehibaan Tidak ada padang perjuangan Pahlawan gugur tergelimpang. Lari gadis menyembam ke tanah, Diiringi sedu menggoncang bahu, Tenang pahlawan dipeluk bumi, Senyum terakhir tenang tersembunyi.
123456789

Kembali ke atas