red tide | kembangan merah | Sains Marin | Tiada | Fenomena blum alga dinoflagelat yang menyebabkan perairan pantai berwarna kemerahan. Keadaan ini dapat mengurangkan kandungan oksigen terlarut selain alga ini juga mengandungi toksin yang dapat menyebabkan kematian haiwan laut besar-besaran terutamanya ikan dan kerang-kerangan. Manusia akan turut mengalami kesan buruk jika memakan haiwan yang tercemar ini. |
bearing spread | kembangan galas | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Jarak lebihan kecil melebihi diameter gerek yang merentasi permukaan pemisah separuh galas yang bertujuan untuk memastikan padanan yang ketat antara galas dan perumah. |
dinoflagellate | dinoflagelat | Sains Marin | Tiada | Kumpulan eukariot berflagela daripada filum Dinoflagellata. Kebanyakan dinoflagelat merupakan organisma fitoplankton yang berupaya menghasilkan makanannya sendiri melalui fotosintesis. Terdapat juga dinoflagelat yang hidup sebagai endosimbion kepada organisma lain seperti zooxantela yang hidup di dalam tisu karang. Sebahagian spesies dinoflagelat berupaya menghasilkan bioluminasi dan biasanya berwarna hijau kebiruan. Sebahagian dinoflagelat juga berbahaya kerana mengandungi toksin dan memberikan impak yang besar kepada sekitaran apabila berlaku fenomena blum alga yang disebut sebagai kembangan merah. |
algae bloom | blum alga | Sains Marin | Tiada | Pertumbuhan alga yang sangat pesat disebabkan oleh peningkatan kandungan nutrien yang tinggi, terutamanya nitrogen dan fosforus dalam sistem akuatik. Blum alga biasanya melibatkan satu atau beberapa spesies fitoplankton tertentu dan dapat dikenali melalui perubahan pada warna air disebabkan kepadatan sel berpigmen yang tinggi. Blum yang melibatkan alga bertoksin pula dikenali sebagai 'blum alga berbahaya'. Kejadian blum alga berbahaya menyebabkan kematian haiwan laut besar-besaran terutamanya ikan dan kerang-kerangan. Manusia akan turut menerima kesan buruk jika memakan haiwan yang tercemar ini. Contohnya, blum alga dinoflagelat yang dipanggil "kembangan merah". |