Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.me.lé.sé.tan] | کمليسيتن

Definisi : keadaan meleset, kemunduran (perdagangan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.me.lé.sé.tan] | کمليسيتن

Definisi : keadaan meleset: ~ ekonomi telah mendatangkan kesan buruk kpd pembangunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
meleset2 (kata kerja)
Bersinonim dengan merosot, mundur, menurun, menyusut, lembap;,
Kata Terbitan : kemelesetan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
recessionkemelesetanSains PolitikPolitik PerbandinganLihat kemerosotan.
urban decayrosotan bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKemelesetan ekonomi yang diikuti oleh pemburukan persekitaran sebahagian daripada bandar.
depressed areakawasan mundurPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKawasan yang mengalami kemelesetan ekonomi dan persekitaran fizikal.
disinflationdisinflasiEkonomiTiadaProses mengurangkan atau berlakunya pengurangan kadar inflasi yang tinggi. Misalnya, kemelesetan pada awal tahun 1980-an membawa kepada disinflasi pada tempoh tersebut.
pay cutpengurangan gajiPengurusanTiadaPenurunan dalam gaji seorang pekerja bagi mengurangkan pemberhentian kerja dalam tempoh kemelesetan ekonomi. Keadaan ini sementara atau tetap, dan mungkin disertakan dengan penurunan tanggungjawab.
economy recoverypemulihan ekonomiEkonomiTiadaPeringkat kitaran perniagaan yang semakin meningkat dan bertambah kukuh selepas berakhirnya tempoh kemelesetan.
Keynesian economicsekonomi KeynesEkonomiTiadaFahaman ekonomi tentang penentuan pendapatan negara dan guna tenaga yang melibatkan komponen sektor benar. Saranan utamanya adalah ekonomi mungkin mencapai keseimbangan walaupun terdapat pengangguran, dan dengan merangsang permintaan agregat, kemelesetan ekonomi dapat dipulihkan. Mengikut fahaman ini, dasar fiskal melalui cukai dan perbelanjaan kerajaan adalah yang paling baik untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi. Lihat juga model Keynes. Sinonim sistem Keynes.
swing voteundi beralihSains PolitikPolitik PerbandinganUndi yang berpindah secara besar-besaran dari satu pihak kepada pihak lain. Perpindahan undi yang besar ini berlaku kerana faktor-faktor seperti kemelesetan ekonomi, konflik kepimpinan yang berlaku atau pentadbiran yang lemah sehingga menyebabkan pengundi secara beramai-ramai mengalihkan sokongan mereka kepada pihak lain. Keadaan ini boleh menyebabkan satu kawasan yang biasanya menjadi penguasaan suatu parti itu tewas dan mula dikuasai oleh parti lain. Contohnya, undi kepada parti PAS Dewan Undangan Negeri Terengganu telah berpindah kepada BN pada tahun 2004. Sinonim undi berpindah.
fiscal policydasar fiskalEkonomiTiadaDasar kerajaan untuk mempengaruhi kegiatan ekonomi dan seterusnya pertumbuhan ekonomi melalui perubahan perbelanjaan kerajaan dan sistem cukai. Umumnya, kerajaan akan menambahkan perbelanjaannya dan menurunkan kadar cukai untuk mengatasi masalah deflasi atau kemelesetan ekonomi. Sebaliknya, kerajaan akan mengurangkan perbelanjaannya dan menaikkan kadar cukai untuk mengatasi inflasi.
demand-side economyekonomi sebelah permintaanEkonomiTiadaFalsafah ekonomi yang mempercayai bahawa keseimbangan guna tenaga penuh hanya boleh dicapai dengan mengubah komponen permintaan agregat. Saranan utama fahaman ini menyatakan perlunya dasar fiskal membawa ekonomi keluar daripada masalah kemelesetan.
12

Kembali ke atas