Smart School Qualification Standards (SSQS) | Standard Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS) | Pendidikan | Tiada | Satu sistem penarafan pembestarian sekolah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). SSQS boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. |
action coalition | gabungan tindakan | Pentadbiran | Tiada | Tindakan yang diambil oleh dua atau lebih pihak untuk mencapai, meneladani dan berkongsi amalan terbaik. Contohnya, tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad dalam menggalakkan syarikat korporat menangani wabak COVID-19. |
Malaysian Standards (MS) | Standard Malaysia (MS) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Dokumen standard rasmi yang diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk keperluan industri di Malaysia. Contoh standard NDT yang dikeluarkan oleh JSM adalah seperti yang berikut: (i) MS ISO 16809:2017 – Non-Destructive Testing Ultrasonic Thickness Measurement, (ii) MS 1317:2007 – Non-Destructive Testing of Welds – Radiographic Testing of Fusion – Welded Joints (Second Revision), (iii) MS 2399:2011 – Non-Destructive Testing of Welds – Magnetic Particle Testing, (iv) MS 2399:2011 – Non-Destructive Testing of Welds – Magnetic Particle Testing, (v) MS ISO 9712:2014 – Non-Destructive Testing – Qualification and Certification of NDT Personnel (ISO 9712:2012, IDT), (vi) MS ISO 3452-1:2014 – Non-Destructive Testing- Penetrant Testing – Part 1: General Principles (ISO 3452-1:2013, IDT), (vii) MS ISO 3452-2:2014 – Non-Destructive Testing– Penetrant Testing – Part 2: Testing of Penetrant Materials (ISO 3452-2:2013, IDT), (viii) MS ISO 3452-3:2014 – Non-Destructive Testing – Penetrant Testing – Part 3: Reference Test Blocks (ISO 3452-3:2013, IDT), (ix) MS ISO 3452-4:2014 – Non-Destructive Testing – Penetrant Testing – Part 4: Equipment (ISO 3452- 4:1998. IDT), (x) MS ISO 3452-5:2014 – Non-Destructive Testing– Penetrant Testing – Part 5: Penetrant Testing At Temperatures Higher Than 50°C (ISO 3452- 5:2008, IDT), (xi) MS ISO 3452-6:2014 – Non-Destructive Testing –Penetrant Testing – Part 6: Penetrant Testing At Temperatures Lower Than 10°C (ISO 3452- 6:2008, IDT), dan MS ISO 17636-1:2017 – Non-Destructive Testing Of Welds – Radiographic Testing – Part 1: X- and Gamma-Ray Techniques with Film (Third Revision) (ISO 17636-1:2013, IDT) |
National e-Learning Policy (DePAN) | Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kerangka e-pembelajaran di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia, yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia pada tahun 2011 bagi menentukan polisi dan hala tuju nasional yang jelas dan seragam untuk menjamin kelestarian kualiti perkembangan e-pembelajaran tempatan. |
cabinet | kabinet | Sains Politik | Politik Perbandingan | Badan eksekutif yang dianggotai oleh jemaah menteri yang dipilih dari kalangan ahli dewan perundangan. Anggota jemaah kabinet akan dipertanggungjawabkan untuk mengetuai portfolio atau kementerian tertentu. Kebiasaannya, ahli kabinet ini akan bermesyuarat satu atau dua minggu sekali dan dipengerusikan oleh perdana menteri dalam sistem demokrasi berparlimen atau oleh presiden dalam sistem demokrasi berpresiden. Pelantikan ahli jemaah kabinet dalam amalan demokrasi merupakan hak mutlak ketua kerajaan. Istilah ini berasal daripada perkataan Perancis yang membawa maksud bilik rahsia yang digunakan oleh Raja Perancis pada era sebelum revolusi untuk bermesyuarat dengan pegawai istana tertentu. Pegawai yang dipercayai oleh raja sahaja dipanggil untuk bermesyuarat kerana ia melibatkan rahsia negara. |
cancellation of authorisation | pembatalan kebenaran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk membatalkan kebenaran yang telah diberikan kepada pengilang, pengimport atau pemborong untuk pengilangan, pengimportan atau pemborongan sebarang produk herba. Di Malaysia, Pengarah Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia boleh membatalkan kelulusan yang telah diberikan pada bila-bila masa tanpa menyatakan alasan. |
secondary data | data sekunder | Ekonomi | Tiada | Data yang diperoleh daripada sumber yang telah dikumpulkan oleh pihak tertentu. Data ini mungkin telah diubahsuai atau diselaraskan. Misalnya, data yang diperoleh daripada bahan-bahan terbitan Jabatan Perangkaan Negara, Bank Negara, dan Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan. |
Good Manufacturing Practices (GMP) | Amalan Pengilangan Baik (APB) | Herba | Tiada | Sebahagian daripada jaminan kualiti yang memastikan produk herba dihasilkan dan dikawal menurut piawai kualiti yang sesuai serta mematuhi keperluan penguatkuasaan atau spesifikasi produk. Di Malaysia, pengilangan produk herba mestilah dilakukan dalam premis yang mematuhi APB dan mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Amalan baik dalam pengilangan merangkumi aspek premis, kawasan kerja dan penstoran, peralatan, bahan mentah, bahan pembungkusan, prosedur pengilangan, dokumentasi, ujian kawalan kualiti, kakitangan dan bahan buangan. |
Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) | Pengenalpastian Kawasan Panas Tumpuan Dinamik (HIDE) | Kesihatan Awam | Tiada | Analisis data raya dan kecerdasan buatan (AI) yang membuat ramalan ke atas sesebuah premis yang berpotensi menjadi kawasan panas penularan wabak COVID-19 dalam jangka masa tujuh hari. Analisis yang dibuat adalah menggunakan data daftar masuk MySejahtera serta pangkalan data kesihatan sedia ada. Sistem HIDE akan menyenaraikan premis berisiko. Senarai ini akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan kawalan kendiri oleh masyarakat umum dan premis perniagaan. |
certificate of Good Manufacturing Practice | sijil Amalan Pengilangan Baik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada premis syarikat pengilang produk selepas berjaya melalui proses permohonan dan audit pensijilan Amalan Pengilangan Baik. Sijil ini merupakan akuan dan pembuktian bahawa pengilang tersebut telah mematuhi dan mengamalkan sistem jaminan kualiti berdasarkan amalan pengilangan baik. Di Malaysia, sijil Amalan Pengilangan Baik hanya boleh diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. |