self-determination | penentuan nasib sendiri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Menguruskan pentadbiran hal ehwal negara tanpa bantuan pihak lain setelah mencapai kemerdekaan. Negara ini perlu menentukan sendiri semua urusan ekonomi, sosial dan politik. Walaupun begitu, negara ini turut melakukan hubungan kerjasama atau menganggotai pelbagai organisasi antarabangsa. Contohnya, Malaysia yang telah merdeka kini telah berupaya berusaha untuk menentukan nasibnya sendiri dan tidak lagi bergantung kepada kuasa luar. |
antonomasia | antonomasia | Kesusasteraan | Puisi | Gaya unsur yang menggunakan gelaran rasmi atau dikenal umum sebagai pengganti nama diri. Contohnya, Bendahara Seri Maharaja merujuk kepada Tun Mutahir,dan Bapa Kemerdekaan merujuk kepada Tunku Abdul Rahman Putra. |
nationalist | nasionalis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu atau golongan yang berpegang kepada semangat kecintaan pada negara atau bangsa. Semangat ini biasa dikaitkan dengan segolongan rakyat yang bergerak untuk memperjuangkan kemerdekaan dan pembangunan negara yang berada di bawah takluk penjajahan. Semangat ini kadangkala bertindan lapis dengan semangat perkauman atau sentimen primordial sesuatu kaum. Contohnya, tokoh pejuang seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Ishak Hj. Mohamad dan Dr. Burhanuddin al-Helmi merupakan golongan nasionalis tanah air. |
radical politician | ahli politik radikal | Sains Politik | Politik Perbandingan | Ahli politik yang berfikiran dan bertindak secara radikal dengan menggunakan kaedah yang lebih keras. Mereka juga mempunyai matlamat yang radikal seperti menuntut kemerdekaan wilayah tertentu, mendesak pemerintah meletak jawatan dan menganjurkan pemberontakan. Pemimpin radikal ini tidak menyukai proses politik secara kerjasama, kompromi, tawar-menawar atau yang mengikut perlembagaan. la cenderung kepada gerakan bawah tanah yang bersifat subversif. Contohnya, pemimpin Gerakan Pemisahan IRA di Northern Ireland di Great Britain seperti Gary Adam yang merupakan ahli politik radikal. |
separatist movement | gerakan pemisah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan untuk memerdekakan sesuatu daerah atau wilayah dari sesebuah negara yang dilakukan secara tidak sah atau tidak mengikut perlembagaan. Gerakan ini menuntut supaya kemerdekaan diberi untuk membolehkan mereka memerintah sendiri. Gerakan ini dilakukan secara kekerasan dan kadangkala dalam bentuk keganasan yang melampau sehingga mengorbankan nyawa. Gerakan ini juga boleh bersifat ketenteraan atau sivil yang bergerak secara sulit atau bawah tanah atau di bawah parti politik. Semangat nasionalisme selalu mendasari gerakan ini di samping faktor lain seperti keagamaan, penentangan kepada diskriminasi dan dominasi serta bantuan dari kuasa luar. Contoh gerakan pemisah yang masih aktif ialah Gerakan Acheh Merdeka di Indonesia dan Gerakan Pembebasan Islam Moro di Filipina. |
political community | komuniti politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sekelompok anggota masyarakat yang dibentuk berasaskan hubungan politik. Hubungan yang mengikat anggota masyarakat ini tidak berasaskan kebudayaan, ekonomi atau sosial. Komuniti ini boleh terdiri daripada satu kelompok minoriti yang sedang bergerak memperjuangkan kemerdekaan dan matlamat tertentu atau merupakan satu komuniti yang berpegang kepada sesuatu ideologi dan semua anggotanya berpegang kuat kepada ideologi tersebut. Contohnya, penduduk China yang lari ke Taiwan selepas Revolusi China merupakan satu komuniti politik yang tidak mahu pemerintahan komunis dan berpegang kepada pemerintahan demokrasi. |
whiggery | prinsip whiggs | Sains Politik | Politik Perbandingan | Prinsip perjuangan yang mengurangkan kuasa raja atau istana dan mendesak kepada peluasan kuasa parlimen. Gerakan ini bermula di Great Britain pada abad ke-17 dan kemudian ideanya meluas ke Amerika Syarikat serta mendorong kepada gerakan kemerdekaan Amerika Syarikat. Prinsip ini tidak menolak kehadiran institusi raja tetapi mahukan kedudukannya terbatas kepada urusan rasmi yang minimum. Tindakan Oliver Cromwell yang menghukum raja yang bersalah di Great Britain pada abad ke-17 dahulu merupakan contoh jelas prinsip Whiggs ini cuba direalisasikan. |
Whiggism | Whiggisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang memperjuangkan pengurangan kuasa raja dan meningkatkan kuasa parlimen atau dewan perundangan. Fahaman ini berkembang pada abad ke-17 hingga ke-19 di Great Britain dan seterusnya berkembang ke Amerika Syarikat yang sekali gus mendorong mereka menuntut kemerdekaan daripada monarki Britain. Fahaman ini bagaimanapun tidak menuntut kepada penghapusan kedudukan raja di Great Britain tetapi hanya mahukan pengurangan kuasa mereka. Dari gagasan inilah munculnya konsep berperlembagaan. |
commonwealth | Komanwel | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perikatan negara merdeka yang terbentuk secara sukarela untuk melindungi kepentingan masing-masing atau melambangkan identiti politik tertentu yang sepunya di kalangan mereka. Ahli falsafah politik, Thomas Hobbes mentakrifkan konsep ini sebagai aksi kerjasama beberapa golongan masyarakat atau negara untuk melindungi nilai tertentu yang dikongsi bersama. Misalnya Poland dan Lithuania pernah mewujudkan Komanwel pada tahun 1569 bagi melindungi kedua-dua negara tersebut daripada ancaman Rusia dan juga Empayar Ottoman. Dalam konteks moden hari ini, Komanwel lebih merujuk kepada kesatuan sukarela atau kerjasama yang terbentuk di kalangan negara bekas tanah jajahan British. Terdapat dua jenis Komanwel iaitu Komanwel Lama yang terdiri daripada negara tanah jajahan British yang bersifat penempatan baru dan kemudiannya memperoleh kemerdekaan seperti New Zealand, Australia dan Kanada. Komanwel Lama juga terbentuk selepas Perang Dunia Pertama berakhir. Komanwel Baru pula ialah negara bekas tanah jajahan British yang memperoleh taraf kemerdekaan secara gerakan nasionalis seperti Malaysia, India, Jamaica, Kenya dan Nigeria. |
sovereignty | kedaulatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan yang merdeka, berupaya menguruskan diri sendiri, dihormati dan bebas daripada gangguan atau campur tangan pihak lain. Walaupun kedaulatan sering merujuk kepada kedudukan sebuah negara yang merdeka dan bebas tetapi penggunaannya juga untuk melambangkan penghormatan kepada negeri, undang-undang dan perlembagaan seperti kedaulatan undang-undang dan perlembagaan. Negara yang merdeka dianggap berdaulat berbanding dengan negara yang masih dijajah. Contohnya, Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat sejak mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Lihat juga daulat. |