Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mis.ki.nan] | کميسکينن

Definisi : perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu lantaran ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mis.ki.nan] | کميسکينن

Definisi : keadaan miskin; kepapaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Kain ditangkap maka duduk.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
period povertykemiskinan haidKesihatan AwamTiadaSituasi golongan wanita yang tidak mampu memiliki tuala wanita disebabkan oleh masalah kewangan.
urban povertykemiskinan bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPenduduk bandar yang berpendapatan sangat rendah lazimnya terlibat dalam sektor informal dan menghuni rumah yang buruk di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan asas dan penyelesa.
negative income taxcukai pendapatan negatifEkonomiTiadaProgram berbentuk bayaran pindahan daripada kerajaan atau dikenakan �cukai negatif� kepada keluarga yang pendapatannya kurang daripada tingkat pendapatan tertentu, biasanya di bawah garis kemiskinan. Program ini bertujuan menjamin keluarga berkenaan berada di atas garis kemiskinan.
dualismdualismeEkonomiTiadaKewujudan bersama di satu kawasan ekonomi dua keadaan atau fenomenon yang berlawanan dan saling terpisah daripada kumpulan masyarakat kawasan tersebut. Misalnya, kewujudan kemiskinan dan kemewahan, sektor moden dan sektor tradisional, dan kemajuan dan kemunduran.
social safety netjaringan keselamatan sosialSosiologiTiadaKoleksi perkhidmatan yang disediakan oleh negara atau institusi lain seperti masyarakat penyayang untuk menghalang rakyat daripada jatuh ke tahap kemiskinan.
recessionkemerosotanSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan ekonomi sesebuah negara yang sedang mengalami kemerosotan atau kegawatan. Dalam keadaan ini, pendapatan negara jatuh dengan ketara, tingkat eksport negara merosot, nilai wang jatuh, kadar kemiskinan dan stagflasi bertambah. Aktiviti perniagaan menjadi lemah apabila semakin banyak perniagaan terpaksa ditutup kesan daripada pulangan yang tidak memberangsangkan. Pertambahan bilangan peniaga yang bankrap menyebabkan kadar pengangguran dan pemberhentian pekerja meningkat. Keadaan ini memberi impak kepada perkembangan politik sesebuah negara. Contohnya, kemelesetan ekonomi Asia pada tahun 1997- 1998 telah mencetuskan krisis politik dalaman negara Indonesia dan Malaysia. Sinonim kemelesetan.
economic dualismdualisme ekonomiEkonomiTiadaKewujudan dua fenomenon ekonomi dalam sesebuah masyarakat yang jauh berbeza daripada kumpulan yang lain dalam masyarakat tersebut. Misalnya, kewujudan bersama ekonomi moden dan ekonomi tradisi, kekayaan dan kemiskinan.
class consciousnesskesedaran kelasSains PolitikPolitik PerbandinganPerasaan sepunya yang wujud dalam kelompok kelas masyarakat yang membentuk identiti yang khusus. Kesedaran ini timbul apabila kelompok tertentu merasai dan mengongsi pengalaman yang sama seperti ditindas, kemiskinan dan serba kekurangan berbanding dengan kelompok lain. Melalui kesedaran ini, golongan tersebut boleh membentuk kesepaduan dan berjuang membela kepentingan untuk memperbaik taraf hidup serta hubungan sosial mereka. Sesuatu kelas akan menjadi lebih bermakna dalam sistem itu, hanya apabila mereka mempunyai kesedaran ini. Golongan pekerja bawahan yang sentiasa mendesak pihak majikan atau kerajaan supaya memperbaik taraf kehidupan mereka dilihat sebagai satu kelompok yang mempunyai kesedaran kelas. Konsep ini diutarakan oleh Karl Marx dalam kajian beliau berhubung dengan fenomena kelas dalam sistem kapitalis.
pathosbelas hibaKesusasteraanPuisiUnsur yang berhubung dengan perasaan, terutama perasaan khalayak apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan. Unsur-unsur hibaan mungkin muncul pada seseorang pembaca apabila membaca sesebuah puisi yang mencitrakan imej-imej yang berhubungan dengan kekejaman, kezaliman, kemiskinan, kelaparan, keganasan, malapetaka, kematian dan sebagainya. Contohnya, puisi "Balada Orang-Orang Tercinta" dan puisi "Balada Terbunuhnya Atmo Karpo" karya W.S. Rendra. Sinonim patos.
social environmentpersekitaran sosialSains PolitikPolitik PerbandinganLatar yang melibatkan hubungan manusia dalam masyarakat seperti hubungan keluarga, struktur masyarakat sama ada majmuk atau tidak, kedudukan kelas yang berbeza dan pembahagiannya, kehadiran pendatang luar serta kaitannya dengan pembandaran, sifat migrasi dalaman, kemiskinan, kesesakan, sifat perumahan, kehadiran setinggan dan sebagainya. Semua faktor ini merupakan persekitaran sosial yang tidak melibatkan persekitaran alam dan memiliki hubungan yang sangat rapat dengan pembangunan ekonomi dan politik. Contohnya, persekitaran sosial di Brunei Darussalam berbeza dengan Singapura.
12

Kembali ke atas