Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
public utilitieskemudahan awam/utiliti awamPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKemudahan yang disediakan untuk kegunaan awam seperti bekalan elektrik, bekalan air.
physical planningperancangan fizikalPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPerancangan struktur fizikal kawasan guna tanah, per- hubungan, kemudahan awam, dan sebagainya yang berasal daripada peraturan dan kawalan bandar.
slumsesakPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBahagian bandar yang padat dengan bangunan, kualiti persekitaran yang rendah, kekurangan kemudahan awam dan penyelesa, tidak terancang dan terurus atau keadaan yang tidak sesuai untuk didiami.
street furnitureperabot jalanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaStruktur binaan atau elemen yang disediakan di jalan dan sekitar jalan untuk kemudahan awam.
self-contained townbandar serba lengkapPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBandar yang mempunyai kemudahan asas dan awam yang lengkap serta dapat memberi peluang pekerjaan kepada sebahagian besar penduduk.
self-contained communitykomuniti serba lengkapPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu masyarakat yang mempunyai kemudahan asas dan awam yang lengkap dan mencukupi.
COVID-19 Assessment Centre (CAC)Pusat Penilaian COVID-19 (CAC)Kesihatan AwamTiadaTempat yang disediakan khas sebagai pusat rujukan bagi mengenal pasti, menilai, memantau, serta menguruskan pesakit yang telah disahkan positif COVID-19. Penilaian dan pemantauan kepada kesemua pesakit ini dijalankan oleh pasukan yang diketuai oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga serta dibantu oleh anggota-anggota sokongan klinikal yang lain. CAC beroperasi sama ada di stadium, dewan komuniti, balai raya atau mana-mana kemudahan kerajaan, bergantung kepada kesesuaian dan keperluan setempat.
welfare statenegara kebajikanSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang mengamalkan satu sistem kebajikan untuk semua rakyat. Konsep penting dalam negara ini ialah kerajaan atau pemerintah bertanggungjawab untuk memelihara kebajikan rakyat dan memastikan rakyat negaranya hidup dalam keadaan yang selesa. Negara kebajikan ini memberi pelbagai jenis kemudahan seperti pendidikan dan perkhidmatan hospital yang percuma. Di samping itu, negara ini turut memberi pelbagai bentuk konsesi lain seperti elaun kepada penganggur, cuti bersalin yang panjang, elaun untuk warga emas, layanan istimewa untuk orang cacat dan potongan rendah untuk bayaran pengangkutan dan sewa rumah perbadanan kerajaan. Walau bagaimanapun untuk membiaya semua kos perkhidmatan ini, negara kebajikan mengenakan cukai pendapatan yang tinggi khususnya kepada golongan berpendapatan tinggi serta mengenakan cukai lain kepada sektor perniagaan. Sektor swasta pula perlu melaksanakan dasar kebajikan seperti yang dilaksanakan oleh sektor awam. Contoh negara kebajikan yang masih aktif ialah Great Britain, Netherland, Sweden, Norway, Denmark dan Finland.

Kembali ke atas