harm reduction | pengurangan kemudaratan | Kesihatan Awam | Tiada | Polisi, program dan kaedah untuk mengurangkan kemudaratan atau kesan penyalahgunaan dadah dari segi kesihatan, sosial dan ekonomi kepada individu yang tidak mampu atau tidak ingin berhenti daripada menggunakan dadah. |
acceptable risk | risiko boleh terima | Sains Kesihatan | Tiada | Tahap risiko berlakunya kemudaratan yang boleh diterima oleh seseorang. Penerimaan ini bergantung kepada faktor seperti data saintifik, keadaan sosial, ekonomi, politik serta pertimbangan manfaat yang akan diperoleh daripada sesuatu proses atau bahan kimia. |
hazard | bahaya/ mudarat/ marabahaya/ hazard | Umum | Tiada | Sumber bahaya yang berpotensi mengakibatkan kemudaratan, dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat kerja atau gabungannya. |
pathogenicity island | pepulau kepatogenan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kelompok gen dalam mikroorganisma patogen yang menentukan tahap kemudaratan melalui kaedah pemindahan gen mendatar. Lihat juga pemindahan gen mendatar. |
survival instinct | naluri kelangsungan hidup | Umum | Tiada | Naluri manusia atau haiwan untuk melakukan sesuatu apabila berada dalam keadaan berbahaya bagi mencegah daripada berlaku kemudaratan atau kematian. |
substandard product | produk substandard | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk berdaftar yang tidak memenuhi piawaian atau spesifikasi kualiti yang ditetapkan, atau kedua-duanya. Produk substandard boleh menyebabkan kemudaratan kepada pesakit. |
victim-offender reconciliation program | program pendamaian mangsa-pesalah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu program di bawah pendekatan keadilan restoratif, iaitu pesalah, mangsa dan mereka yang terkesan dengan sesuatu jenayah dijemput untuk bertemu dan membincangkan kemudaratan atau kerugian yang ditanggung akibat jenayah tersebut dan cara mengatasinya. |
second degree murder | pembunuhan darjah kedua | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pembunuhan yang menyalahi undang-undang yang bersifat sengaja tetapi dilakukan tanpa perancangan atau persediaan untuk membunuh mangsa. Dalam jenayah ini, kadangkala pelaku hanya ingin menyebabkan kemudaratan tubuh mangsa tetapi perbuatannya telah mengakibatkan kematian mangsa. Contohnya, pergaduhan mengejut yang berakhir dengan kematian. |
restorative justice | keadilan restoratif | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Suatu pendekatan di bawah sistem keadilan jenayah yang melibatkan individu yang terlibat dalam sesuatu jenayah seperti pesalah, mangsa, dan kadangkala wakil komuniti bagi membincangkan cara penyelesaian serta membaik pulih kerosakan atau kemudaratan, yang telah berlaku akibat jenayah tersebut agar satu perubahan positif dapat dilakukan. |