Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : belakang hari, kelak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : masa yg akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemudian (adverba)
Bersinonim dengan selepas, kelak, kebelakangan, sesudah, akan datang, setelah, nanti, sebentar, akhir, penghujung, lambat, lewat, ketinggalan, corot, cicir;,
Kata Terbitan : mengemudiankan, terkemudian,

Puisi
 

Nasi lemak buah bidara,
     Mari makan di pagi hari;
Buang emak buang saudara,
     Tidaklah menyesal kemudian hari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Pahit dulu,
     manis kemudian.

Bermaksud :

Perjanjian hendaklah dibuat dengan syarat-syarat yang terang dan tegas; supaya jangan timbul perselisihan di kemudian hari.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
digital onboardingsuai tugas digitalPentadbiran PerniagaanTiadaProses dalam talian yang disediakan kepada individu yang telah mendaftar dengan syarikat atau institusi kerajaan agar dapat mengakses terus produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Proses ini membolehkan individu tersebut dapat dikenal pasti dengan mudah dan selamat di kemudian hari.
outfit of the day (OOTD)peragaan hari iniFesyenTiadaMerujuk pemakaian seseorang pada hari tertentu dan kemudian dirakam dalam bentuk gambar seterusnya dimuatnaik dalam media sosial biasanya dalam konteks blog fesyen.
pollpengundianSains PolitikPolitik PerbandinganPilihan raya atau tinjauan pendapat yang diadakan untuk memilih wakil rakyat atau untuk memperoleh sesuatu pandangan. Pengundian diadakan secara berkala dengan penglibatan pemilih untuk memilih calon wakil rakyat manakala pungutan suara atau tinjauan pendapat awam diadakan apabila perlu untuk melihat sesuatu isu. Pengundian lazimnya diadakan dalam satu atau beberapa hari yang ditetapkan dan hanya pengundi berdaftar yang layak mengundi. Pemilih dikehendaki menandakan calon yang dipilih dalam kertas undi yang disediakan dan kemudian memasukkannya ke dalam kotak undi ang disediakan di pusat mengundi. Pungutan suara pula boleh dilaksanakan dalam bentuk kertas tinjauan, temu bual secara langsung, telefon, internet dan sebagainya. Pelaksanaan pungutan suara lebih fleksibel dan tidak terikat dengan pelbagai peraturan perundangan. Contoh pengundian ialah pilihan raya umum di Malaysia yang diadakan pada setiap empat atau lima tahun sekali. Sinonim pungutan suara.

Kembali ke atas