Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mu.ja.ra.ban] | کمجربن

Definisi : perihal mujarab, keupayaan menyembuhkan (penyakit): yg dimaksudkan dgn mutu di sini bukan sahaja dr segi ~nya, tetapi termasuklah menjaga kebersihan dan keasliannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mu.ja.ra.ban] | کمجربن

Definisi : keadaan mujarab; kemustajaban. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mujarab (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan mustajab, serasi, sesuai, secocok, berkesan, efektif, manjur, mempan, sangkil, makbul, mangkus, ampuh;,
Kata Terbitan : kemujaraban,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
formularyformulariTeknologi Maklumate-KesihatanSenarai preskripsi ubat yang ditentukan oleh pelan penjagaan kesihatan yang spesifik. Senarai preskripsi ini dibangunkan berdasarkan penilaian berkaitan dengan kemujaraban ubat, keselamatan ubat dan keberkesanan kos ubat. Fungsi utamanya adalah untuk mengkhususkan ubat yang dibenarkan digunakan di sesebuah hospital, sistem penjagaan kesihatan atau polisi kesihatan tertentu.

Kembali ke atas