Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mun.ca/] | کمونچق

Definisi : bahagian (tempat, tingkatan, atau paras) yg tertinggi sekali, puncak: semasa ~ tamadun Greek, wanita dijadikan alat memuaskan nafsu lelaki; ~ gunung; ~ kejayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mun.ca/] | کمونچق

Definisi : bahagian drpd sesuatu yg di atas sekali atau yg tertinggi; puncak: ~ gunung; ~ zaman kegemilangan Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemuncak (kata nama)
Bersinonim dengan puncak, pucuk, akhir, penyudah, hujung, penghabisan, penutup, klimaks;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
peak faretambang puncakPelanconganTiadaTambang yang dikenakan semasa musim kemuncak yang biasanya lebih tinggi berbanding dengan musim biasa.
broken pedimentpedimen pecahKesenianHiasan DalamanJenis pedimen yang mempunyai bentuk kemuncak yang terbuka kerana garisan melengkung yang tidak bersambung. Pedimen ini sering diguna pakai pada reka bentuk perabot seperti almari.
peak periodmasa puncakPelanconganTiadaMasa yang dikenal pasti sebagai musim kemuncak, seperti cuti persekolahan atau cuti musim panas apabila bilangan pelancong lebih tinggi.
peak densitykepadatan puncakPelanconganTiadaJumlah pelancong paling ramai di sesuatu kawasan semasa musim kemuncak.
peak ratekadar puncakPelanconganTiadaHarga tambang atau harga bilik yang dikenakan semasa musim kemuncak.
delay phasefasa lewatKesihatan AwamTiadaLangkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan kesan kemuncak sesuatu virus dan memperlahankan perebakannya, seperti mengenakan sekatan ke atas perhimpunan ramai.
rising actionaksi menaikKesusasteraanTiadaBahagian plot dalam drama atau naratif yang pergerakan ceritanya meningkat melalui konflik yang semakin meruncing atau menegang, sehingga tiba ke kemuncak plot atau klimaks. Bahagian ini terletak selepas eksposisi atau pengenalan dan diisi dengan keruwetan, konflik dan ketegangan. Lihat juga babak, eksposisi, ketegangan, konflik, plot, puncak, ruwetan. Banding aksi menurun.
climaxpuncakKesusasteraanTiadaBahagian atau peristiwa (detik) yang paling penting dalam sesebuah kisah. Kisah dalam drama, cerita atau sebarang naratif apabila aksi menuju tahap tertinggi dan nasib protagonis mengalami perubahan. Pada tahap ini, peleraian atau resolusi dicapai, kemudian aksi mula menurun. Puncak dikenali juga sebagai klimaks atau kemuncak. Puncak berasal daripada bahasa Yunani climax yang bermaksud �tangga�. Lihat juga aksi menaik, aksi menurun, anagnorisis, antipuncak, krisis, peleraian, peripeteia, plot, titik perubahan.
orientalismorientalismeKesusasteraanTiadaKonsep dunia Timur seperti yang dirakamkan, digambarkan, dibayangkan dan diciptakan oleh Eropah dan dunia Barat. Dalam bidang sastera, orientalisme merujuk kepada wacana Barat mengenai Timur dalam pelbagai disiplin teks sebagai usaha Barat untuk memberikan penerangan dan interpretasi mereka terhadap konsep �Timur� bikinannya sendiri. Di sebalik usaha ini, Barat ingin menguasai kawasan geografi yang luas dan kompleks ini melalui ilmu epistemologi. Strategi penguasaan melalui wacana ini dibongkar dan dianalisis oleh Edward Said dalam bukunya Orientalism (1978) yang dianggap titik permulaan kaedah kritikan pascakolonial. Walau bagaimanapun, orientalisme dalam bentuk wacana bermula pada Zaman Pertengahan melalui teks kembara (Travel Writings) yang menimbulkan minat Barat terhadap Timur. Keadaan ini diikuti oleh fenomena perkembangan empayar Islam pada kurun ke-17 dan ke -18 yang membawa pelbagai cerita, antaranya Hikayat Seribu Satu Malam dari Timur Tengah. Kemuncak orientalisme pada kurun ke-19 dan ke-20 berlaku pada zaman Imperialisme Eropah terutamanya dalam era empayar British. Wacana orientalisme biasanya mengandungi prejudis dan sikap bongkak Barat terhadap Timur. Wacana ini mempamerkan sentimen perkauman yang tebal dan anggapan tidak berasas atau terlampau umum dan menyeluruh. Oleh sebabv �ilmu� mengenai Timur ini disokong oleh jentera dan prasarana Barat, maka hal tersebut dianggap mempunyai kesahihan.
conflictkonflikSains PolitikPolitik PerbandinganPertentangan secara sedar dan langsung antara individu atau kelompok kerana sesuatu kepentingan. Pertentangan melahirkan sifat permusuhan dan segala usaha dibuat untuk mengatasi pihak lawan. Pendekatan ini melihat masyarakat sebagai sarat dengan konfIik dan ia bukan sahaja merupakan satu ciri normal sebaliknya boleh membawa perubahan dan pembangunan kepada masyarakat. Ketiadaan konfIik hanya menjadikan masyarakat statik dan mundur. Dalam konteks politik pula, konflik sering melibatkan persaingan merebut kuasa dan kejayaan menjatuhkan lawan. Secara amnya konflik dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu pertikaian, ketegangan, krisis dan peperangan. Pertikaian merupakan tahap konflik permulaan yang masih belum serius. Kegagalan menyelesaikan pertikaian akan mewujudkan keadaan ketegangan yang menimbulkan tindakan berhati-hati di kedua-dua belah pihak. Krisis pula merupakan tahap konflik yang lebih serius walaupun masih tidak melibatkan persentuhan fizikal. Peperangan merupakan kemuncak kepada konflik yang melibatkan pertembungan fizikal, kehilangan nyawa, harta benda dan kemusnahan. Bagi golongan realis, konflik dilihat sebagai sebahagian daripada kehidupan manusia yang tidak dapat dielakkan sementara bagi golongan idealis, konfik dilihat sebagai suatu fenomena yang negatif dan boleh dihindarkan. Sarjana sosial seperti Karl Marx, Dahrendorf dan Coser telah mengembangkan istilah konflik kepada satu konsep atau pendekatan yang penting dalam menjelaskan fenomena sosial.
12

Kembali ke atas