Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), Rhodomyrtus tomentosa; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), akar senduduk, Marumia nemorosa; ~ bukit = akar ~ = akar ~ bukit sj tumbuhan (pokok memanĀ­jat), senduduk halus, Anplectrum divaricatum; ~ cina sj tumbuhan (pokok kecil), Lochnera (Vinca) rosea; rotan ~ sj tumbuhan (palma), rotan cincin, rotan duduk, rotan gelang, rotan kerai, rotan perupuh, rotan segera, rotan tunggal, Daemonorhops geniculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok renek yg buahnya boleh dimakan, Rhodomyrtus tomentosa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemunting

Puisi
 

Kejat-kejat dari Patani,
     Kemunting dari Kemaman;
Besar hati datang ke mari,
     Hendak menyunting bunga di taman.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
periwinklekemunting cinaHerbaTiadaTanaman saka rendah, tegak dan malar hijau. Biasanya, bunga tumbuhan ini berwarna putih dan merah jambu. Nama saintifiknya Vinca rosea atau Catharanthus roseus. Sinonim tapak dara. Lihat juga vinkristina dan vinblastina.
Rhodomyrtus tomentosakemuntingHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek bercabang banyak dalam famili Myrtaceae. Tumbuhan ini hidup liar di tanah terbiar, belukar dan pinggir hutan, terutama di kawasan berpasir. Daunnya jenis ringkas berbentuk bujur telur dan bulat di hujung. Daunnya mempunyai tiga urat daun utama yang selari mengikut panjang daun. Bunganya agak besar berwarna merah jambu atau ungu muda. Buahnya jenis beri berbentuk bujur panjang dan berwarna ungu gelap apabila masak. Biji buahnya kecil dan banyak. Jus daunnya diminum untuk mengubati anemia. Buah yang muda dihancurkan dan disapu pada luka kecil. Akarnya dibuat pupuk untuk mengubati ketumbuhan pada mata.
vinblastinevinblastinaHerbaTiadaFormula C46H58N4O9. Alkaloid vinka daripada pokok kemunting cina atau tapak dara. Vinblastina digunakan sebagai ubat antineoplastik.
vincristinevinkristinaHerbaTiadaFormula C46H56N4O10. Alkaloid vinka daripada pokok kemunting cina atau tapak dara yang digunakan sebagai ubat antineoplastik. Vinkristina dikenali juga sebagai leurokristina.
antineoplasticantineoplastikHerbaPemiawaianSifat agen yang menghalang, memusnahkan atau menyekat pertumbuhan tumor. Contohnya, ekstrak daun kemunting cina (Catharanthus roseus) yang bersifat antineoplastik.
cytotoxicsitotoksikHerbaPemiawaianSifat agen yang menyekat dan membunuh pertumbuhan sel kanser dalam tubuh. Contohnya, ekstrak daun kemunting cina (Catharanthus roseus) bersifat sitotoksik terhadap sel kanser payudara.
antineoplasticantineoplastikHerbaTiadaHerba yang memusnahkan, merencat dan mencegah tumor. Contoh herba ini ialah bawang putih, lidah buaya, kemunting cina, kunyit, misai kucing, safron, kulit kayu pain dan biji flaks.
anti-HIVanti-HIVHerbaPemiawaianSifat agen yang menghalang atau merencat jangkitan HIV dalam merawat AIDS. Contohnya, ekstrak daun kemunting cina (Catharanthus roseus) yang bersifat anti-HIV.
anticancer compoundsebatian antikanserHerbaPemiawaianSebatian tulen yang mampu memusnahkan atau merencatkan pertumbuhan sel kanser. Contohnya, vinblastina dalam ekstrak daun kemunting cina (Catharanthus roseus) bersifat antikanser.
buah keremunsing(Baj., Sam)buah keremunsing (Baj.,Sam)KesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk buah pokok keremunsing yang dikenali juga sebagai kemunting.
12

Kembali ke atas