Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.nal] | کنل

Definisi : 1. dapat mengingat kembali, tahu (kerana sudah pernah berjumpa, mendengar, melihat dsb sebelumnya), cam: ia tidak ~ akan suara Daim kerana belum pernah bercakap-cakap dengannya; tidak ~ kasihan (malu, susah) tidak tahu kasihan (malu, susah); 2. tahu sedikit sebanyak tentang diri seseorang (sehingga boleh berhubung dengannya sbg sahabat), pernah berjumpa dan bercakap-cakap dgn seseorang sehingga boleh bersahabat dengannya: saya sudah ~ dia semenjak kecil lagi; barangkali kakak belum ~ saya ini siapa; ~ huruf tahu atau boleh membaca (walaupun pd peringkat rendah); belajar ~ bp mulai mengetahui; ~-~ Cina prb baru kenal (belum mesra lagi); berkenal = ~ dgn bersahabat (dgn), bergaul (dgn): ingin benar ia hendak ~ dgn semua jirannya; berkenalan bergaul atau berhubungan (dgn seseorang atau antara satu sama lain) sbg sahabat: lama sudah kami ~; tiada ~ sl tidak dapat ditentukan (dicamkan, diketahui) yg seorang drpd yg lain: maka segala orang yg berperang itu pun menjadi campur baurlah tiada ~ lagi; berkenal-kenalan, kenal-mengenal kenal antara satu sama lain, saling mengetahui (bersahabat, bergaul): maka sebab itulah menjadi ~lah bapaku dgn segala raja-raja negeri yg tersebut itu; kalau sekampung sudah tidak kenal-mengenal, tidak ada ertinya tinggal sekampung; mengenal 1. dapat mengetahui atau menge­camkan rupa seseorang atau sesuatu yg sudah diketahui sebelumnya, mengecam: semasa ia menyamarkan diri itu, tidak seorang pun yg ~nya; 2. kenal atau tahu akan, berhubungan (bergaul, bercakap-cakap) sbg sahabat dgn, berkenalan dgn: sahabatnya itu bukan baru sehari dua dikenalnya; tak ~ belas kasihan tidak mempunyai rasa belas kasihan; mengenali 1. kenal akan, mengenal: dia yg baru sahaja ~ pemuda itu telah sanggup menurut kata-katanya; 2. mengetahui (rupa­nya, sifatnya, tanda-tandanya, dll): aku akan mendapat kesempatan ~ sistem pendidikan di negeri-negeri yg akan kulawati; beliau dikenali sbg seorang yg dermawan; mengenalkan membuat seseorang kenal akan: hanya dgn ~ penduduk-penduduk luar bandar kpd perusahaan besar-besaran, barulah rakyat akan sedar; memperkenalkan 1. menyatakan atau mem­beritahukan nama seseorang (dan mungkin juga sedikit sebanyak keterangan tentang dirinya) kpd orang lain: pengerusi majlis ~ jemputan khas kpd para hadirin; sahabat-sahabatnya seorang demi seorang diperkenalkannya kpd aku; 2. mengusahakan (melakukan) supaya sesuatu itu diketahui orang, memberitahukan (dgn menerangkan dsb): Nabi menjalankan usahanya ~ agama Islam kpd orang-orang Madinah; ~ kaedah-kaedah mengajar sesuatu bahasa dgn menggunakan berbagai-bagai kemudahan; terkenal diketahui ramai atau di merata tempat, termasyhur, ternama: Hang Tuah, seorang pendekar Melayu yg ~ kerana kegagahan dan kepintarannya; Malaysia ~ dgn getah dan bijih timahnya; kenalan orang yg sudah dikenali, sahabat: Yusuf banyak ~nya di kota Betawi; surat ~ = surat perkenalan surat utk memperkenalkan diri seseorang; kekenalan dikenal, diketahui, ketahuan; perkenalan 1. perihal (perbuatan dll) mem­perkenalkan (seseorang kpd seseorang yg lain): orang itu mengangguk-angguk tanda bersedia menerima ~ itu; surat ~ surat kenal­an; 2. perihal berkenalan, perhubungan (pergaulan dsb) sbg sahabat: ~ kami memang sudah lama; semenjak ~ kami malam itu, tidak pernah aku berjumpa lagi dengannya; pengenalan 1. perihal mengenalkan; kad ~ kad yg mengandungi butir-butir tertentu diri seseorang (spt nama, tarikh lahir, alamat tempat tinggal, dll) utk makluman orang atau pihak yg berkaitan; 2. perihal (perbuatan dll) mengenal atau mengenali: botol-botol ubat itu dibubuh label utk ~; pengenal 1. ciri (tanda-tanda, sifat-sifat) utk mengetahui: tanda ~ pokok ini ialah daun kecil yg menyelimuti kuntum bunganya itu; ilmu ~ penyakit Id ilmu tentang menentukan jenis sesuatu penyakit berdasarkan gejala­-gejala (tanda-tanda) yg terdapat mengenai­nya; zat ~ Id pergabungan (persenyawaan) benda atau zat utk mengetahui sifat-sifat pergabungan kimia benda atau zat yg lain; 2. Mn ingatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nal] | کنل

Definisi : tahu sedikit banyak ttg diri seseorang; pernah bersahabat atau pernah berjumpa dgn seseorang: Saya tidak ~ akan orang itu. ~-~ Cina baru kenal dan belum mesra lagi. berkenalan bersahabat; bercampur; bergaul: Saya sudah lama ~ dgn dia. berkenal-kenalan melakukan sesuatu supaya kenal antara satu dgn yg lain: Kedatangan mereka adalah utk ~ dgn kita. mengenal tahu atau kenal akan; ingat akan; mengetahui: Dia bekerja pagi petang dgn tidak ~ penat lelah. mengenali mengetahui atau tahu akan sifatnya, rupanya dll dgn lebih mendalam: Orang ramai ~nya sbg seorang yg pemurah. memperkenalkan 1 memberitahukan nama dll supaya dpt berkenal-kenalan: Beliau telah ~ sahabatnya itu kpd saya. 2 memberitahukan sesuatu supaya dpt diketahui: Buku ini ditulis utk ~ satu kajian yg mudah mengenai Geografi Kawasan kpd murid-murid. terkenal diketahui umum; termasyhur; ternama: Malaysia ~ dgn bijih timah dan getahnya. kenalan orang yg sudah dikenal; sahabat. perkenalan perihal berkenalan: ~ itu telah menjalin satu hubungan mesra antara mereka. pengenalan perihal (perbuatan) kenal atau mengenali: Pd masa dahulu, ~ sesuatu kaum adalah mengikut kegiatan ekonomi mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,

Puisi
 

Saya kenal buah rambutan,
     Dalam seikat masak sebiji;
Manis benar wajahmu tuan,
     Di dalam kampung payah dicari.


Lihat selanjutnya...(20)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
signature reduction devicespengurangan tanda kenalUndang-undangTiadaAlat yang digunakan oleh tentera dan agensi perisikan untuk mengurangkan maklumat dalam talian, atau pengenalan, operasi penyamar mereka.
heroismkewiraan/heroismeKesusasteraanPuisiAliran dalam penciptaan puisi yang menerapkan unsu kewiraan. Heroisme seseorang tokoh sejarah atau legenda dilihat daripada segi keberanian. kepahlawanan dan juga kegagahannya. Contohnya, puisi ''Pasir Salak'' karya Firdaus Abdullah yang menceritakan tentang kewiraan Datuk Matiarajalela. Langkah pendekar langkah berisi langkah pahlawan tak kenal gentar rawana lnggeris hendak dicari hendak dipenggal hendak dikelar. Pendekar gagah pendekar berani Ngah Jabor serta Tuk Sagor gagah pendekar tak takut mati Walau selangkah berpantang undur. Maharajalela, Maharajalela jika memancung tiada bertanya kobarkan semangat biar menyala tuntutlah mali tuntutlah bela.
interludeselinganKesusasteraanPuisiSesuatu citra lain yang disisipkan oleh penyair di antara dua citra utama yang berkaitan. Dalam puisi ini ombak dan laut diimejkan seorang nenek dan anak gadis. Contohnya, puisi "Laut" karya Kemala. Akulah laut gadis, cantik tidur di peraduannya sisik-sisik riak di tubuhku Iukisan detik dan tarian angin bersatu dIg.emersik ingin saujana ketenangan ini. Akulah laut pemuda tangkas asuhan waktu gelegak ombak menjadi kata deru menjengkau ufuk muzik terdampar ke benteng karang lalu kenal diri.

Kembali ke atas