Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.da.li] | کندالي

Definisi : Jw 1. kekang; 2. tali kekang (kang); peluru ~ peluru berpandu; mengendalikan 1. mengenakan kekang: ~ kuda; 2. mengekang, menahan (hawa nafsu, kenaikan harga barang, dll), menguasai, mengawal (pasukan dsb): sungguh banyak sekali manusia yg lemah dan tidak dapat ~ dirinya utk menahan hawa nafsu; 3. mengu­rus(kan), mentadbir(kan), mengawal per­jalanan: engkau mesti mempelajari cara-cara ~ pertubuhan; beliau akan ~ syarikat tersebut bersama-sama dua orang lagi; terkendalikan dapat (berupaya) dikendalikan: persaingan yg tidak ~; kendalian 1. bahagian dlm sesuatu bidang kerja: kerja-kerja percetakan adalah ~ terakhir dlm proses penerbitan; 2. hasil per­buatan mengendalikan; pengendalian perihal mengendalikan (me­ngekang, menguasai, mengurus, dll); ~ harga pengawalan harga (supaya tidak dinaikkan dgn sesuka hati); pengendali pemimpin, pengurus, pentadbir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.da.li] | کندالي

Definisi : tali yg dipasang pd kepala kuda utk mengemudikannya; tali kekang. mengendalikan 1 memasang atau mengenakan kendali. 2 menahan hawa nafsu dll; mengekang. 3 mentadbirkan sesuatu persatuan dll; mengurus; memimpin. kendalian yg dikendalikan; hasil mengendalikan: Persatuan ~nya telah berjaya meningkatkan pendapatan para anggota. pengendalian perbuatan atau hal mengendalikan; pengurusan: Graf itu menunjukkan kecekapan ~ ladang dgn modal yg terbatas. pengendali 1 orang yg mengendalikan. 2 alat yg digunakan utk mengendalikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendali (kata kerja)
1. Bersinonim dengan kelola: pimpin, urus, awas,

2. Bersinonim dengan tali kekang: cais, kekangan,

Kata Terbitan : mengendalikan, terkendalikan, pengendali, pengendalian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
products and completed operation insuranceinsurans keluaran dan kendali lengkapinsuransTiadaPerlindungan kepada insured terhadap masalah tuntutan yang akan timbul daripada penjualan, penghasilan, pengurusan atau pengedaran barang keluarannya. Tuntutan dilindungi hanya setelah barang keluaran dijual dan dipindah milik. Bahagian kendali lengkap dalam polisi insurans ini pula menyediakan perlindungan terhadap tuntutan yang timbul hasil daripada kendalian yang telah dilengkapkan oleh atau untuk insured atau yang telah ditinggalkan oleh insured yang dinamakan. Pengeluar biasanya membeli perlindungan ini, manakala kontraktor membeli perlindungan kendali lengkap.
functional interoperabilitysaling kendali fungsianTeknologi Maklumate-KesihatanKeupayaan sistem teknologi maklumat, produk dan aplikasi perisian yang berbeza untuk berkomunikasi, bertukar data dan menggunakan data yang telah ditukar ganti. Skema dan piawaian pertukaran data tersebut membenarkan data dikongsi dalam kalangan pakar perubatan, makmal, hospital, farmasi dan pesakit pada masa kini atau masa hadapan tanpa sebarang sekatan.
learning tools interoperability (LTI)saling kendali alat pembelajaran (LTI)Teknologi Maklumate-PembelajaranPiawaian yang menetapkan kaedah menggandingkan pelbagai aplikasi pembelajaran untuk dijalankan atas pelbagai platform pembelajaran. Contohnya, aplikasi pembelajaran AmazonKindle digandingkan dengan platform awan dan Android, iBook digandingkan dengan platform awan dan iOS, dan Google Classroom digandingkan dengan platform Windows, MacOS dan awan.
learning platformplatform pembelajaranTeknologi Maklumate-PembelajaranRangka kerja teknologi bersifat perkhidmatan perisian dengan menggunakan pengkomputeran awan bagi menyokong pembelajaran berbilang pengguna dan saling boleh kendali dengan aplikasi web. Platform pembelajaran ini menyediakan data, maklumat, alat aplikasi dan sumber sokongan pembelajaran dalam meningkatkan penyampaian serta pengurusan pendidikan kepada tenaga pengajar, pelajar, ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam pendidikan khususnya e-pembelajaran.
health care information infrastructure (HCII)prasarana maklumat rawatan perubatan (HCII)Teknologi Maklumate-KesihatanInisiatif piawaian penjagaan kesihatan bagi pembangunan sistem teknologi maklumat kesihatan yang saling kendali, seperti rekod kesihatan elektronik (EHR), rekod perubatan elektronik (EMR), sistem maklumat hospital (HIS), dan seumpamanya. Inisiatif ini juga menggalakkan kolaborasi antara sektor awam dengan swasta.
Aviation Industry Computer-Based Training Committee (AICC)Jawatankuasa Latihan Industri Penerbangan Berasaskan Komputer (AICC)Teknologi Maklumate-PembelajaranSebuah organisasi antarabangsa yang mempelopori piawaian dalam pembangunan, penyampaian dan penilaian bahan latihan industri penerbangan berasaskan komputer. Piawai ini telah berkembang dan diterima pakai sebagai piawaian saling kendali kandungan e-pembelajaran dan telah menjadi asas kepada pembangunan piawai semasa seperti model rujukan kandungan objek boleh kongsi (SCORM), API pengalaman (xAPI) dan pengajaran terurus komputer 5 (CMI-5).
Sharable Content Object Reference Model (SCORM)Model Rujukan Kandungan Objek Boleh Kongsi (SCORM)Teknologi Maklumate-PembelajaranSuatu koleksi spesifikasi dan piawaian bagi teknologi e-pembelajaran yang menggariskan kaedah tertentu bagi mempakejkan kandungan (objek pembelajaran) kursus dan pertukaran data masa larian oleh sistem pengurusan pembelajaran (LMS). SCORM bertujuan untuk mengatasi cabaran saling kendali, guna semula dan daya tahan antara LMS.
laboratory information system (LIS)sistem maklumat makmal (LIS)Teknologi Maklumate-KesihatanSistem yang dibangunkan untuk merekod, mengurus dan menyimpan data untuk kegunaan makmal klinikal. Fungsi utama sistem ini merangkumi pendaftaran permohonan ujian, penghasilan label dan lampiran kerja, pengeluaran keputusan ujian secara automatik, pengesahan keputusan ujian, dan penyimpanan data ujian ke dalam pangkalan data yang khusus. Sistem ini juga boleh saling kendali dengan sistem maklumat hospital (HIS) dan rekod kesihatan elektronik (EHR) pesakit.

Kembali ke atas