self reflection | refleksi kendiri | Pendidikan | Tiada | Tindakan menganalisis diri sendiri untuk perubahan kendiri. |
auto-alarm signal | isyarat penggera kendiri | Pelayaran | Tiada | Isyarat menandakan penggera kendiri beroperasi. |
self-management | pengurusan kendiri | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah, kemahiran dan strategi yang ada pada individu dalam pelaksanaan aktiviti tertentu untuk mencapai matlamat atau tujuan yang ditetapkan. Pengurusan kendiri merupakan salah satu daripada faktor utama yang mempengaruhi peningkatan jati diri, sahsiah, integriti, profesionalisme dan kecekapan. Antara kaedah atau cara pengurusan yang diamalkan termasuklah penetapan matlamat, perancangan, penjadualan, penilaian diri, campur tangan, kemajuan diri, dan sebagainya. Pengurusan kendiri yang sempurna dipercayai dapat membantu seseorang individu memantapkan lagi daya fikir dan kemahiran yang sedia ada. Biasanya, dalam sesebuah organisasi, kaedah ini dijadikan sebagai salah satu daripada penekanan dalam program latihan dan pembangunan kakitangan. |
selfish learning | pembelajaran kadar kendiri | Pendidikan | Tiada | Situasi pembelajaran yang membolehkan pelajar belajar mengikut kadar kebolehan kendiri. |
self-concept | konsep kendiri | Psikologi | Psikologi Umum | Pengamatan individu terhadap trait personaliti diri mereka sendiri. Konsep ini mempunyai semua idea, pengamatan dan perasaan tentang siapa sebenarnya seseorang itu. Contohnya, individu menganggap atau menyatakan bahawa dirinya seorang yang segak, rajin bekerja atau mudah bergaul. Konsep kendiri seseorang individu tidak semestinya konsisten dengan sudut pandangannya. Terdapat individu yang cuba mengubah suai pengakuannya supaya menepati dengan apa yang ditanggapi tentang dirinya. Menurut Rogers, jurang antara konsep kendiri dengan keadaan sebenar adalah berdasarkan darjah tak kongruen. |
self-concept | konsep kendiri | Komunikasi | Korporat | Kaedah seseorang memberi makna terhadap diri sendiri. Melalui kaedah ini, seseorang akan dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri. Kaedah ini digunakan sebagai rujukan untuk menjual barangan dalam pengiklanan. Watak dalam pengiklanan yang berfungsi sebagai pengguna diperlukan untuk membuat penilaian terhadap barangan yang berbeza berasaskan cara watak berkenaan bertindak balas dan memberi makna terhadap barangan tanpa dipengaruhi unsur lain. Pendekatan pengiklanan ini mengutamakan kewibawaan watak sebagai alat untuk meyakinkan khalayak dengan kepercayaan bahawa sekiranya watak mampu melakukan penilaian kendiri, bermakna watak mampu menilai perkara baik atau sebaliknya untuk diri sendiri. |
autoalarm | penggera kendiri | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
autocue | panduan kendiri | Komunikasi | Tiada | Tiada |
autoalarm | penggera kendiri | Pelayaran | Tiada | Penggera yang mampu beroperasi secara sendiri, hasil gerak balas yang menepati syarat-syarat penentuan awal. |
autorivalry | persaingan kendiri | Pendidikan | Tiada | Tiada |