antiproliferative | antiproliferatif | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang mencegah atau menghalang pertumbuhan tumor seperti malignan dalam persekitaran tisu tubuh. Contohnya, ekstrak daun kenerak (Goniothalamus umbrosus) yang bersifat antiproliferatif. |
benign | benigna | Herba | Pemiawaian | Berkaitan dengan ketumbuhan atau tumor dalam tisu tubuh yang cenderung membesar, tetapi tidak memudaratkan atau mengakibatkan kematian. Contohnya, ekstrak terpiawai goniotalamin daripada pokok kenerak (Goniothalamus umbrosus) digunakan untuk merawat benigna pada peringkat awal. Banding malignan. |
malignant | malignan | Herba | Pemiawaian | Tumor yang merebak dan memusnahkan tisu di tapak pemula dan boleh merebak ke bahagian lain pada tubuh melalui saluran darah dan sistem limfatik. Herba yang dapat merawat malignan ialah ekstrak akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan ekstrak daun kenerak (Goniothalamus umbrosus). Banding benigna. |
drug discovery | penemuan drug | Herba | Pemiawaian | Proses mengenal pasti sebatian bioaktif yang boleh dibangunkan menjadi drug. Proses ini melibatkan penilaian bioaktiviti terhadap ekstrak atau pecahan ekstrak, diikuti oleh pengasingan dan pengenalpastian identiti sebatian bioaktif dalam ekstrak tersebut. Proses penemuan drug moden menggunakan kaedah penabiran celusan tinggi yang melibatkan biocerakin pantas menggunakan enzim, reseptor atau sel khusus, dan menggunakan peralatan robotik moden. Bagi meningkatkan keberkesanan penemuan drug, proses ini juga digandingkan dengan teknik bersempang dan nyahreplikasi. Contohnya, penemuan eurikomanon daripada akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan goniotalamin daripada daun kenerak (Goniothalamus umbrosus) untuk merawat kanser. |