Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ning] | کنيڠ

Definisi : 1. = bulu ~ bulu di atas kelopak mata (di bahagian bawah dahi), alis; angkat ~ mem­beri isyarat atau alamat dgn menggerakkan kening ke atas; terangkat ~ pagi hari ketika matahari baru terbit (di antara pukul 7.30 hingga 8.00); belum terangkat ~ pagi hari sebelum matahari berada di atas kaki langit; 2. Mn dahi: ~nya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingat sesuatu; beradu ~ berhadap-hadapan muka, berjumpa; berkilat ~nya cantik rupanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ning] | کنيڠ

Definisi : , = bulu ~ bulu yg tumbuh di sebelah atas kelopak mata; alis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kening

Puisi
 

Burung pipit datang ke mari,
     Tempat orang menanam pala;
Kening diangkat senyum diberi,
     Bagaimana hati tak gila.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai tokak lekat di kening.

Bermaksud :

Malu yang tak dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eyebrowbulu keningPerubatanTiadaTiada
browtitian; keningPerubatanTiadaTiada
tweezerpencabut bulu keningPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
eyebrow pencilpensel keningPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
shadowingpembayangan; mengalitPentadbiran PerniagaanTiada2. Mengalit: Mewarnai atau menghitamkan kening, bulu mata dan keliling mata dengan alit mata.
jejak kukujejak kukuKesenianTiadaMotif ukiran berunsur manusia berbentuk kening, lazimnya diukir pada hulu senjata tradisional.
retrognathiaretrognatiaPerubatanTiadaPosisi mandibel yang lebih posterior daripada satah anterior kening, mandibel teratrud.
foreheaddahiPerubatanTiadaDahi: Bahagian muka, di atas mata di antara kening dengan pinggir rambut.
foreheaddahiPerubatanTiadaBahagian muka di atas mata, iaitu di antara kening dengan pinggir rambut. Sin: frons
shadow (eye)alit mataPentadbiran PerniagaanTiadaBahan hitam, biru dan sebagainya untuk mewarnai kening, bulu mata dan keliling mata dalam bentuk serbuk atau cecair.
12

Kembali ke atas