ibarat | ibarat | Kesusasteraan | Puisi | Suatu bentuk puisi tradisional yang digunakan untuk mengumpamakan atau membandingkan sesuatu kenyataan dengan sesuatu kenyataan yang lain, seperti alam. Pada kebiasaannya penggunaan bentuk ini dimulakan dengan perkataan umpama, ibarat, laksana, bagai, seperti dan sebagainya. Contohnya, perumpamaan di bawah. Laksana telur sesangkar pecah sebiji pecah semua. lbarat burung, mata terlepas badan terkurung. |
proof of loss | bukti kerugian | insurans | Tiada | Kenyataan rasmi yang dibuat oleh empunya polisi kepada insurer mengenai sesuatu kerugian. Kenyataan ini bertujuan untuk memberi maklumat bagi membolehkan insurer untuk menentukan tahap liabilitinya ke atas sesuatu kerugian. |
irony | ironi | Kesusasteraan | Puisi | Satu gaya bahasa, iaitu penggunaan bahasa yang maknanya bertentangan dengan kenyataan atau ketidaksesuaian antara harapan dengan kenyataan. Contohnya, 'air mata kegembiraan' |
irony | ironi | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan (wacana) yang melindugi makna untuk menyampaikan maksud yang berlainan. Kadang-kadang maksud yang disampaikan berlawanan dengan apa yang diujarkan. Walau bagimanapun, ironi tidak bertujuan memperdaya, malahan untuk mendapat kesan retorika dan artistik. Ironi menonjolkan ketidaksuaian antara harapan dengan kenyataan, dan antara suasana yang dikemukakan dengan kenyataan yang mendasarinya. Ironi berhubungan dengan sarkasme dan sinisme, iaitu gaya ujaran yang penuh dengan kecurigaan, keraguan, atau sikap meremehkan kejujuran dan moral. Antara jenis ironi adalah seperti yang berikut: Pertama, ironi lisan ialah kenyataan yang mengandungi makna tersirat yang berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh pengujar. Contohnya, ayat pertama dalam karya Pride and Prejudice oleh Jane Austen: �It is truth universally acknowledge that a single man in possession of a good fortune must be in want of a wife�. Berdasarkan petikan ayat di atas, ironinya seseorang wanita memerlukan suami yang kaya. Kedua, ironi struktural ialah kenyataan yang menonjolkan ciri-ciri struktural yang berfungsi untuk mengekalkan kependuaan makna. Alat yang biasa untuk jenis ironi ini ialah penciptaan wira yang terlalu lurus atau pengujar yang naif. Kenaifan wira menyebabkan pemahaman tentang persekitaran amat terbatas dan keliru berbanding dengan tanggapan pengarang dan khalayak tentang keadaan yang sebenar. Oleh itu, ironi struktural bergantung pada pengetahuan ironi pengarang yang dikongsi bersama khalayak. Ketiga, ironi dramatik ialah situasi apabila audiens mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak daripada apa yang disedari oleh watak tersebut. Dalam drama tragedi, ironi ini dikenali sebagai ironi tragik. Ironi terdapat dalam semua genre sastera. Lihat juga ironi dramatik, ironi romatik, tragedi. |
recitals in lease | kenyataan pajakan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
ipso facto | ipso facto/mengikut kenyataan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
wit | wit | Kesusasteraan | Tiada | Kenyataan yang bijak, lucu serta berunsur sindiran sebagai respons terhadap sesuatu situasi. |
phenomenon | fenomenon | Kesusasteraan | Tiada | Sesuatu kenyataan, kejadian dan sebagainya yang dilihat atau boleh dilihat. |
cover note | nota lindung | insurans | Tiada | Kenyataan yang dikeluarkan oleh insurer atau wakilnya yang menyatakan bahawa perlindungan telah pun berkuat kuasa. |
manifesto | manifesto | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kenyataan bertulis yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi atau parti politik bagi menyatakan visi, hasrat, motif atau pandangan organisasi tersebut. Lazirnnya manifesto dikeluarkan oleh sebuah parti politik ketika menghadapi pilihan raya yang bertujuan untuk meyakinkan orang ramai akan matlamat perjuangannya. Manifesto mencirikan semua matlamat dan program parti secara terperinci dan membayangkan bentuk kerajaan yang akan ditubuhkan sekiranya mereka berkuasa. Contohnya, manifesto Barisan Nasional yang menonjolkan kejayaan pemerintahannya di samping kepentingan pengekalan kestabilan dan menolak cubaan perubahan. |