pleurodynia | pleurodinia | Perubatan | Tiada | Kenyerian paroksisme pada otot interkostal akibat reumatisme otot (fibrositis) atau kerengsaan permukaan pleura. |
indolent | indolen | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan sesuatu yang hanya menyebabkan sedikit kenyerian sahaja, dan membesar secara perlahan-lahan. |
indolent | indolen | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan sesuatu yang hanya menyebabkan sedikit kenyerian sahaja, dan membesar secara perlahan-lahan. |
osteitis | osteitis | Perubatan | Tiada | Inflamasi tulang akibat infeksi atau kecederaan, yang dicirikan oleh pembesaran tulang, kenyerian dan segal tulang. |
priapism | priapisme | Perubatan | Tiada | Keadaan abnormal apabila zakar terereksi secara berterusan, selalunya tanpa keinginan seks. Pesakit biasanya mengalami kesakitan dan kenyerian. Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kecederaan dan penyakit pada korda spina, batu pundi kencing atau kecederaan zakar. |
peritonitis | peritonitis | Perubatan | Tiada | Inflamasi peritoneum. Keadaan ini dicirikan dengan eksudasi serum, fibrin, sel dan nanah di peritoneum. Gejala seperti sakit, kenyerian abdomen, sembelit dan muntah juga berlaku. |
phlebitis | flebitis | Perubatan | Tiada | Inflamasi vena, yang disertai dengan penyusupan sel inflamasi pada dinding vena, dan biasanya pembentukan trombosis. Penyakit ini dicirikan dengan edema, kekerasan pembuluh dan kenyerian di bahagian yang terlibat. |
diethylene glycol poisoning | keracunan dietilena glikol | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada dietilena glikol atau ester dan eternya yang boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan buah pinggang. Dos parah bahan ini ialah 15 g - 100 g. Tanda utama keracunan akut memberikan gejala awal yang sama dengan intoksikasi alkohol. Gejala ini cepat diikuti dengan muntah, sianosis, sakit kepala, takipnea, takikardia, tekanan darah rendah, edema pulmonari, kenyerian otot, stupor, anuria, prostrasi, dan pengsan dengan konvulsi. Hipoglisemia mungkin terjadi. Kematian juga mungkin terjadi selepas beberapa jam ekoran kegagalan pernafasan atau dalam masa 24 jam pertama ekoran edema pllimonari. Pesakit yang koma atau konvulsi berpanjangan mungkin mengalami kerosakan otak yang tak berbalik. Dalam penemuan makmal, air kencing mungkin mengandungi hablur kalsium oksalat, albumin, sel darah merah, dan bahan buangan. pH atau aras glukosa darah mungkin rendah. Penemuan patologi termasuklah kesesakan dan edema otak, nekrosis berdarah setempat pada korteks renal, dan degenerasi hidropik hati d |