wave length | kepanjangan gelombang | Sains | Hidrometeorologi | Umumnya, jarak min antara maksimum (atau minimum) bagi pola yang hampir berkala. Lebih khusus, kepanjangan gelombang adalah jarak terpendek antara zarah-zarah dalam fasa pembuaian yang sama di dalam gangguan gelombang. Kepanjangan gelombang diukur sepanjang arah perambatan gelombang, biasanya dari titik tengah mercu (atau palung) ke titik tengah mercu (atau palung) yang berikutnya. Ia dikaitkan dengan kekerapan, dan kelajuan fasa, oleh dengan ialah kepanjangan gelombang. Salingan kepanjangan gelombang ialah nombor gelombang. Bagi gelombang permukaan air, kepanjangan gelombang ditakrifkan sebagai jarak mendatar antara bahagian-bahagian tertinggi dua mercu gelombang yang berikutan atas dari aras air pegun yang dipisahkan oleh satu palung yang berada bawah dari aras air pegun. |
Cauchy strain | terikan Cauchy | Kejuruteraan | Polimer | Nisbah kepanjangan bahan terhadap kepanjangan asal. Sin. terikan kejuruteraan, terikan nominal. |
Krichoff strain | terikan Kirchoff | Kejuruteraan | Polimer | Ukuran nilai terikan bahan pada terikan yang dikenakan yang tinggi, iaitu separuh nilai ganda dua kepanjangan sampel terterik terhadap kepanjangan asal. Sin. terikan hijau. |
emissivity | kebolehpancaran | Sains | Hidrometeorologi | Nisbah pancaran sesuatu permukaan tertentu pada kepanjangan gelombang dan pancaran suhu tertentu terhadap pancaran suatu jasad hitam unggul pada kepanjangan gelombang dan suhu yang sama. Nilai kebolehpancaran yang tertinggi ialah satu, manakala yang terendah ialah sifar. Ini merupakan korolari daripada hukum Krichoff yang menyatakan bahawa kebolehpancaran sebarang permukaan pada suhu daya kepanjangan gelombang tertentu adalah tepat sama dengan kebolehserapan permukaan itu pada suhu dan kepanjangan gelombang yang sama. |
mixing length | kepanjangan percampuran | Hidrologi | Tiada | (1) Kepanjangan yang ditakrifkan oleh Prandtl sebagai ciri aliran bergolak. (2) Jarak minimum jelajah suatu perunut yang selepasnya percampuran yang baik diperoleh. |
Kirchoff's law | hukum Kirchoff | Sains | Hidrometeorologi | Hukum sinaran yang menyatakan bahawa pada suhu tertentu nisbah kebolehpancaran terhadap kebolehserapan bagi kepanjangan gelombang tertentu adalah serupa bagi semua jasad dan sama dengan kebolehpancaran jasad hidup unggul pada suhu dan kepanjangan gelombang berkenaan. Secara umumnya, hukum yang penting ini menegaskan bahawa penyerap yang baik bagi kepanjangan gelombang berkenaan. Perlu dinyatakan bahawa hukum Kirchoff mengaitkan serapan dan pancaran pada kepanjangan gelombang dan suhu yang sama. |
coefficient, contraction | koefisien kisut | Hidrologi | Tiada | (1) Nisbah kepanjangan, keluasan keratan, atau isipadu yang dikurangkan terhadap kepanjangan, keluasan keratan, atau isipadu asal. (2) Dalam hidrometri, nisbah keluasan keratan rentas basah normal keratan jepit terhadap keluasan keratan rentas nominal orifis atau mulut empang. |
lattice constant | pemalar kekisi | Kejuruteraan | Tiada | Kepanjangan pinggir atau sudut di antara paksi-paksi sel unit bagi hablur. Biasanya ia adalah kepanjangan pinggir sel unit kiub. |
lattice constant | pemalar kekisi | Kejuruteraan | Tiada | Kepanjangan pinggir atau sudut di antara paksi-paksi sel unit bagi hablur. Biasanya ia adalah kepanjangan pinggir sel unit kiub. |
white body | jasad putih | Sains | Hidrometeorologi | Jasad hipotetis yang permukaannya tidak menyerap sinaran elektromagnet pada sebarang kepanjangan gelombang, iaitu yang mempunyai kebolehserapan sifar bagi semua kepanjangan gelombang. Ia merupakan suatu unggulan yang tepat bertentangan dengan jasad hitam. Dalam keadaan semula jadi, tiada jasad putih yang sebenar yang diketahui. Kebanyakan pigmen putih yang mempunyai kebolehpantulan tinggi bagi sinaran nampak merupakan penyerap yang agak baik bagi inframerah; oleh itu pigmen tersebut bukan jasad putih� dari segi teori sinaran. walau bagaimanapun, pigmen tersebut dikatakan jasad putih dalam hubungannya dengan suatu selang kepanjangan gelombang tertentu. |