trough concentration | kepekatan dasar | Perubatan | Tiada | Kepekatan terendah ubat dalam darah yang terhasil dengan mengukur kepekatan ubat sebelum dos berikutnya diberikan. Dalam pemantauan ubat terapeutik, kepekatan dasar diambil setelah tercapainya tahap kepekatan mantap. Maklumat kepekatan dasar penting dalam pemantauan terapeutik sesetengah ubat seperti aminoglikosida untuk menilai risiko toksik ubat tersebut. |
critical concentration | kepekatan genting | Kejuruteraan | Tiada | Kepekatan genting: Kepekatan sesuatu larutan homogen bagi bahan mudah belah yang menjadi genting di dalam sesuatu medium tak terhingga. |
alveolar concentration | kepekatan alveolus | Perubatan | Tiada | Kepekatan gas dalam alveolus yang diukur dalam bentuk tekanan separa. Kepekatan gas diukur dalam unit mmHg atau kPa. Contohnya, kepekatan oksigen dalam alveolus diringkaskan sebagai PAO₂ dan karbon dioksida ETCO₂. Julat normal PAO₂ ialah 100 mmHg hingga 105 mmHg dan ETCO₂ ialah 35 mmHg hingga 45 mmHg. |
Henderson-Hassel-bach equation | persamaan Henderson-Hasselbach | Farmasi | Tiada | Pernyataan kuantitatif tentang hubungan antara pH, pKa , pKb, dan log nisbah kepekatan spesies terion terhadap kepekatan spesies tak terion dalam sistem. Bagi bes lemah dan garamnya pH sama dengan hasil tambah pKa + log nisbah kepekatan garam terion terhadap kepekatan asid tak terion. Persamaan ini berguna untuk pengiraan penimbal pH. bd. persamaan penimbal. |
peak concentration | kepekatan puncak | Perubatan | Tiada | Kepekatan tertinggi ubat dalam darah selepas pemberian ubat. Dalam farmakokinetik, kepekatan puncak ditandakan dengan Cmax, manakala masa untuk mencapai Cmax dikenali sebagai tmax. Kedua-dua nilai ini dipengaruhi oleh kaedah pemberian dan kadar penyerapan ubat. Kepekatan puncak berguna dalam pemantauan terapeutik sesetengah ubat untuk menilai efikasi atau toksisitinya. |
minimum inhibitory concentration (MIC) | kepekatan perencat minimum (MIC) | Perubatan | Tiada | Ujian untuk mendapatkan kepekatan agen antimikrobial terendah yang dapat menghalang pertumbuhan bakteria. Kepekatan perencat minimum diperoleh dengan mengkulturkan bakteria yang telah diselaraskan kepekatannya di dalam media kultur yang mempunyai kepekatan antibiotik yang berbeza. Hasilnya akan menunjukkan sama ada bakteria tersebut sensitif, separa kebal atau kebal terhadap antibiotik berkenaan. |
demal | demal | Kimia | Tiada | Unit kepekatan yang bersamaan dengan kepekatan larutan apabila satu gram setara zat terlarut di dalam satu desimeter padu pelarut. |
trace concentration | kepekatan surih | Kejuruteraan | Tiada | Kepekatan sesuatu bahan di bawah aras biasa pengesanan kimia. Sin: kepekatan mikroskopik. |
steady state concentration | kepekatan keadaan mantap | Perubatan | Tiada | Tahap kepekatan ubat dalam darah apabila kadar perkumuhan ubat menjadi seimbang dengan kadar pemberiannya. Dalam pemberian ubat secara tetap, kepekatan keadaan mantap tercapai selepas empat atau lima separa hayat ubat berkenaan. Pemberian dos muatan akan mempercepatkan pencapaiannya. |
curve, breakthrough | lengkungan lantas | Hidrologi | Tiada | Lengkungan yang menyatakan ubahan masa kepekatan perunut (misalnya kepekatan ion klorida) di suatu titik cerapan yang terletak di hilir titik suntikan di aliran air-tanah. |