leadership style | gaya kepemimpinan | Pengurusan | Perancangan | Gaya seseorang pengurus atau pemimpin dalam menentukan haluan, memantau pelaksanaan rancangan dan memotivasikan pekerja untuk mencapai matlamat organisasi. Gaya kepemimpinan yang berbeza ditentukan oleh faktor peribadi pemimpin tersebut, budaya organisasi dan persekitaran perniagaan. Contoh perbezaan gaya kepemimpinan yang kerap disebut ialah gaya kepemimpinan autokratik atau gaya kepemimpinan demokratik. Lihat juga pemimpin demokratik, pemimpin autokratik. |
leadership style | gaya kepemimpinan | Pendidikan | Tiada | Corak kepemimpinan dalam organisasi yang merujuk kepada autoritarian, demokratik dan Laissez-faire. |
strategic leadership | kepemimpinan strategik | Pengurusan | Perancangan | Pendekatan yang diambil oleh pihak pengurusan atasan sesebuah organisasi dalam menjayakan matlamat organisasi untuk berdaya saing. Kepemimpinan strategik menekankan kemampuan pihak pengurusan atasan untuk memotivasikan dan meyakinkan ahli organisasi dalam mendukung wawasan organisasi yang telah ditetapkan. Contohnya, pendekatan strategik pemimpin institusi pengajian tinggi yang mempunyai wawasan untuk meletakkan organisasi mereka setanding dengan universiti tersohor di dunia. Pemimpin tersebut perlu berupaya meyakinkan warga universiti keseluruhannya untuk bersama-sama merealisasikan wawasan tersebut. |
leadership style | gaya kepemimpinan | Pentadbiran | Tiada | Cara memimpin yang dimiliki oleh ketua dalam sesebuah organisasi. Gaya kepemimpinan ini boleh diklasifikasikan kepada dua pendekatan utama, iaitu berorientasikan kerja dan berorientasikan pekerja. Cara ini mempengaruhi amalan dan pendekatan yang digunakan oleh pemimpin dan anggota organisasi dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Antara gaya yang digunakan boleh bersifat tegas, berdisiplin, emosional, bermotivasi dan bertolak ansur. Dalam kajian pentadbiran, terdapat pelbagai tipologi gaya kepimpinan seperti kepimpinan transaksional yang mengutamakan pulangan, kepimpinan transformasional yang memiliki misi dan visi serta mampu membuat perubahan, dan kepimpinan karismatik, iaitu gaya yang mampu mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu perubahan. Gaya kepemimpinan sebegini mempe |
bureaucratic leadership | kepemimpinan birokratik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Keupayaan dan kebolehan pemimpin melaksanakan tanggungjawab pentadbiran dalam sesebuah organisasi. Keupayaan pemimpin menjadi penentu kepada kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi khususnya dalam konteks mencapai misi, visi, matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Kepemimpinan birokratik ini juga menjadi pendorong, perangsang dan penggerak utama kepada pekerja bawahan dalam usaha melaksanakan segala bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Ia juga membawa maksud mewujudkan satu budaya dan nilai bersama, matlamat komunikasi kepada pekerja dalam sesebuah organisasi dan juga menggalakkan pekerja untuk menunjukkan prestasi yang lebih tinggi. Pemimpin mempunyai kemampuan untuk menggunakan pelbagai bentuk kuasa dalam mempengaruhi tingkah laku pekerja semasa menjalankan tugas. |
headship | kepemimpinan; keketuaan | Perubatan | Tiada | Tiada |
headship | kepemimpinan; keketuaan | Sosiologi | Tiada | Tiada |
organizational leadership | kepemimpinan organisasi; kepimpinan organisasi | Sains Politik | Tiada | Tiada |
curriculum leadership | kepemimpinan kurikulum | Pendidikan | Tiada | Pengetahuan kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai serta diamalkan oleh mereka yang menguruskan kurikulum yang merangkumi isi kandungan, kemahiran interpersonal, kemahiran sosial, dan kemahiran profesional seperti epistemologi, pedagogi, penilaian dan kemahiran membuat refleksi. |
organisational leadership | kepemimpinan organisasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Lihat kepimpinan organisasi. |