PCX | PCX | Teknologi Maklumat | Tiada | Kependekan bagi PC PaintBrush X. PCX ialah format fail grafik raster untuk memampat imej monokrom, warna 2-bit, 4-bit, 8-bit, dan 24-bit. Format ini menggunakan RLE untuk menghasilkan nisbah pemampatan 1.1:1 hingga 1.5:1. Lazimnya format ini digunakan untuk imej latar belakang oleh aplikasi grafik yang digunakan pada komputer peribadi (PC). Format PCX dibangunkan oleh Zsoft Corporation untuk digunakan secara komersil pada program PC Paintbrush. Fail imej PCX berakhir dengan ‘.pcx’. Lihat pengekodan panjang jalan (RLE). |
alt | alt | Kesenian | Tiada | 1. Kependekan untuk alto. 2. Pic tinggi. 3. Pic not di antara G kedua dan F ketiga di atas C tengah. |
bit | bit | Teknologi Maklumat | Tiada | Kependekan daripada “binary digit” (digit perduaan) iaitu nombor 0 dan 1. Unit terkecil yang sesuatu komputer boleh proses atau simpan. Secara fizikalnya bit berbentuk transistor atau kapisator dalam ingatan atau storan primer yang bernilai tepu (diwakili 1) atau tiada nilai (diwakili 0). Bit juga boleh dianalogikan dengan lampu terpadam (diwakili 0) atau menyala (diwakili 1). Lihat bait. |