Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.per.ca.ya.an] | کڤرچاياءن

Definisi : 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemilik­nya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (ju­jur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.per.ca.ya.an] | کڤرچاياءن

Definisi : 1 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan: ~ orang-orang Melayu kpd hantu semakin berkurang sekarang ini. 2 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang: Kami tidak dpt memberi ~ kpd pemimpin-pemimpin yg tidak amanah. 3 dpt dipercayai (ttg kejujurannya dll): orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
percaya (kata kerja)
Bersinonim dengan yakin, beriktikad, pasti;,
Kata Terbitan : mempercayai, mempercayakan, kepercayaan,

Peribahasa

Jadi penghubung mata telinga.

Bermaksud :

Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi penghubung kaki tangan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brain-washerpencorak otakSejarahTiadaOrang yang bertugas menukar kepercayaan lama seseorang kepada kepercayaan baru dengan mengenakan tekanan mental yang berterusan.
brainwashbasuh otakSejarahTiadaPerbuatan yang memaksa seseorang menghapuskan kepercayaan lama dan menerima kepercayaan baru dengan menggunakan tekanan mental dan mengajar terus-menerus.
credokepercayaan; akidahSejarahTiadaKepercayaan atau pendapat terutama mengenai agama.
beliefskepercayaanPendidikanTiadaPegangan atau kepercayaan seseorang individu atau kumpulan.
goodwill costkos kepercayaanPentadbiranTiadaKos yang ditanggung kerana kehilangan kepercayaan akibat tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.
value beliefkepercayaan nilaiPerubatanTiadaKesanggupan mengekalkan, menambah baik atau menyingkirkan kepercayaan dengan mengambil kira pendapat individu terhadap sesuatu yang dianggap baik atau buruk.
pessimismpesimismeKesusasteraanTiadaFahaman yang berpegang kepada kepercayaan yang negatif, masalah hilang kepercayaan atau putus harapan dan berburuk sangka kepada suasana keliling.
pessimismpesimismeSejarahTiadaFahaman yang berpegang kepada kepercayaan yang negatif, masalah hilang kepercayaan atau putus harapan dan berburuk sangka kepada suasana keliling.
contract of securityakad kepercayaanEkonomiEkonomi IslamAkad yang menjamin keselamatan hak kepada pihak yang terlibat. Jaminan keselamatan ini berdasarkan kepercayaan antara satu pihak dengan pihak yang lain. Contohnya, rahnu, kafalah dan hiwalah.
rational emotive therapyterapi emosi rasionalPsikologiPsikologi UmumTerapi yang ditumpukan kepada usaha untuk mengubah kepercayaan tidak rasional yang membawa kepada masalah emosi. Menurut Ellis (1973, 1995), individu yang tidak gembira akan membentuk perasaan mengalah kerana mereka mempunyai kepercayaan yang tidak realistik atau salah. Sekiranya emosi terganggu, individu yang terlibat akan membuat generalisasi yang melampaui batas. Sekiranya mereka melakukan kesilapan, walaupun kecil individu berkenaan akan menganggap dirinya sebagai sangat jahat. Oleh itu, pendekatan ini lebih menumpukan perhatian kepada usaha mencabar kepercayaan klien yang tidak realistik. Ahli terapi akan mencabar pemikiran atau pandangan itu dan menganggapnya sebagai satu fikiran yang tidak rasional atau salah anggapan. Emosi klien akan bertambah baik sekiranya kepercayaan tersebut dapat dihapuskan.
12345678910...

Kembali ke atas