physiological needs | keperluan fisiologi | Kejururawatan | Tiada | Keperluan asas bagi mengekalkan fungsi organisma hidup seperti air, udara, nutrisi, perkumuhan, tidur, rehat dan termoregulasi. Keperluan ini merupakan dasar dalam hierarki piramid Maslow. |
course developer | pembangun kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang bertanggungjawab merancang, merangka dan mereka bentuk sesuatu kursus mengikut keperluan program akademik atau keperluan sesuatu organisasi yang perlu disesuaikan dengan persekitaran e-pembelajaran. Justeru, pembangun kursus mesti memiliki kemahiran alat e-pembelajaran. |
protein requirement | keperluan protein | Perikanan | Akuakultur | Jumlah protein yang diperlukan oleh sesuatu ternakan pada setiap hari untuk menjalankan proses pengeluaran seperti pertumbuhan dan juga untuk membaik pulih tisu yang rosak. Jumlah minimum yang diperlukan haruslah sama dengan jumlah protein endogen yang dikumuhkan melalui najis, urin dan peluh. Kebiasaannya, keperluan protein untuk ternakan muda lebih tinggi berbanding dengan ternakan dewasa. Sekiranya protein yang dibekalkan dalam makanan kurang daripada keperluan protein ikan, maka kadar tumbesaran yang optimum tidak dapat dicapai. Namun begitu, bekalan protein melebihi keperluan protein ikan peringkat tersebut akan menjadi pembaziran protein kerana tumbesaran berkadar terus dengan sumbangan protein dalam diet sehingga ke aras keperluan protein optimum sahaja. Selepas aras tersebut, penambahan kandungan protein tidak lagi dapat meningkatkan tumbesaran. |
octane requirement | keperluan oktana | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Nombor oktana bahan api minimum yang diperlukan oleh enjin tertentu untuk beroperasi tanpa bunyi ketukan. Piawai keperluan oktana yang digunakan oleh kenderaan yang berenjin gasolin di Malaysia ialah nombor oktana 92. |
social pleaser | penggembira masyarakat | Umum | Tiada | Seseorang yang suka mendahulukan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan diri sendiri. Sinonim people pleaser. |
people-pleaser | penggembira orang | Umum | Tiada | Seseorang yang suka mendahulukan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan diri sendiri. Sinonim social pleaser. |
smart power | kuasa bestari | Sains Politik | Tiada | Keupayaan yang menggabungkan keperluan ketenteraan yang kuat dan juga keperluan melakukan pelaburan besar dalam pakatan, perkongsian, dan institusi dari semua peringkat untuk memperluas pengaruh seseorang dan menetapkan legitimasi tindakan seseorang. Kuasa bestari merujuk kepada gabungan strategi kuasa keras dan kuasa lembut. |
general will | kehendak umum | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kepentigan yang melibatkan keperluan bersama dan sepunya dalam sesebuah masyarakat. Keperluan ini berbeza dengan kepentingan individu yang hanya bersifat peribadi. Dalam urusan kemasyarakatan, kehendak umum lebih diutamakan dan dengan ini kepentingan persendirian terpaksa diketepikan. Konsep ini diperkenal oleh tokoh falsafah Perancis iaitu Jean Jacques Rousseau. Contohnya, pertahanan dan keselamatan negara merupakan satu kehendak umum yang diterima semua. |
sustainable development | pembangunan mapan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan mereka. |
flexible learning | pembelajaran luwes | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran yang menawarkan pilihan masa, lokasi, pengajaran, kandungan dan mod penyampaian mengikut keperluan pelajar tersebut. Pilihan pelajar tertakluk kepada keperluan kursus dan pensijilan. E-pembelajaran memudahkan pelaksanaan pembelajaran luwes. Sinonim pembelajaran fleksibel. |