Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pening (sakit) kepala; demam ~ demam serta pening kepala (ada berbagai-bagai jenis); ~ berlat demam yg menyebabkan kepala berasa sakit dan panas; ~ disumbat demam yg menyebabkan peluh tidak keluar; ~ kelabu kambing demam yg menyebabkan badan berasa sejuk; ~ kemudian demam kerana kena panas; ~ kura demam yg keras dan berlanjutan (menyebabkan mulut terasa pahit); ~ radang demam yg menyebab­kan tubuh menjadi panas dan orang yg meng­hidapinya meracau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepialu I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
typhoid feverdemam kepialuPerubatanTiadaLihat demam tifoid.
Salmonella typhosaSalmonella typhosaKejuruteraanTiadaPatogen bawaan air yang menyebabkan penyakit kepialu.
roseolaroseolaPerubatanTiadaSebarang ruam yang berwarna merah mawar, seperti yang dialami semasa campak dan demam kepialu.
vaccinevaksinBioteknologiTiadaSediaan antigen yang diberi untuk merangsang mekanisme pertahanan yang khusus terhadap patogen atau agen toksik. Vaksin terbahagi kepada empat kategori utama, iaitu vaksin nyah aktif (vaksin kepialu dan kolera), patogen hidup, toksoid, dan ekstrak antigen.
typhoid feverdemam tifoidPerubatanTiadaPenyakit berjangkit yang disebabkan Salmonella typhi. Penyakit ini bercirikan demam, cirit-birit, sakit kepala, ruam, bradikardia relatif dan splenomegali. Demam tifoid juga dikenali sebagai demam kepialu.
typhoid feverdemam tifoidPerubatanTiadaInfeksi Salmonella typhii yang melibatkan folikel limfa ileum. Penyakit ini bermula dengan cepat dan menunjukkan gejala seperti seram sejuk, demam, bakteremia, kembung abdomen dan splenomegali. Pada peringkat awal penyakit, kulit kelihatan berwarna merah mawar. Penembusan usus berlaku pada 5% pesakit yang tidak dirawat. Sin: demam kepialu
SalmonellaSalmonelaMakanan dan PemakananMakananSejenis bakteria gram negatif berbentuk rod daripada famili Enterobacteriaceae. Bakteria ini terdapat di dalam tanah, air dan makanan seperti daging mentah, makanan laut mentah, telur dan produk tenusu. Salmonela juga boleh hidup dalam saluran gastrousus manusia dan haiwan terutamanya ayam dan babi. Salmonella typhi ialah agen penyebab demam kepialu manakala S.typhimurium dan S.enteriditis boleh menyebabkan keradangan pada mukus perut dan usus (gastroenteritis).
Vitis trifolialakumHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan memanjat dalam famili Ampelidaceae yang hidup liar di tanah terbiar, di pinggir hutan dan kadangkala hidup di kawasan pesisir pantai berbatu. Batangnya kecil dilengkapi sulur paut untuk membolehkannya memanjat. Daunnya jenis majmuk dan mengandungi tiga hingga lima anak daun. Anak daunnya berbentuk bujur dan tepinya bergerigi. Bunganya kecil berwarna hijau kekuning-kuningan dan tersusun pada jambak bercabang. Buahnya jenis beri berbentuk bulat leper berwarna hijau berkilat semasa muda dan bertukar menjadi hitam apabila masak. Daun muda dibuat ubat demam. Air rebusannya diminum dan dibuat mandian. Jus pucuknya diminum bersama-sama air nasi untuk mengubati demam malaria. Air daunnya yang dicampurkan dengan beras dibuat mandian untuk merawat demam malaria pada peringkat panas. Air mandian yang dikenali sebagai ubat jelum juga dibuat mandian untuk mengubati demam kepialu.

Kembali ke atas