stationary phase | fasa pegun | Bioteknologi | Tiada | 1. Bahan padatan atau penyokong berdebu, bergel, atau berbentuk kepingan untuk memisahkan bahan yang diingini dalam kromatografi. 2. Peringkat ketiga pertumbuhan mikroorganisma apabila bilangan sel hidup menjadi tetap kerana bilangan yang baru terbentuk adalah sama dengan bilangan yang mati. |
splash | percikan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | (1) Minyak pelincir yang terpercik ke dinding silinder disebabkan putaran aci engkol. (2) Kesan akibat kimpalan bintik yang terkeluar dari celah lapisan kepingan logam yang dikimpal. |
chip | cip | Fizik | Nanoteknologi | Kepingan semikonduktor yang mengandungi padatan jutaan transistor saling terhubung antara satu sama dengan lain. Bilangan padatan transistor dalam suatu cip bertambah dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan teknologi. Pada tahun 2015, terdapat 7.1 bilion transistor dipadatkan dalam cip berkeluasan 678 mm2, dengan saiz satu transistor adalah 22 nm. Cip digunakan dalam komputer sebagai pemproses dan storan data. |
sleeper | landasan | Perhutanan | Tiada | 1. Kayu yang digergaji atau ditarah mengikut ukuran piawai tertentu bagi mengalas rel kereta api yang digunakan secara langsung atau dengan menggunakan alat khas. Spesies kayu yang biasa digunakan ialah kayu keruing dan kempas yang diawet. 2. Kepingan kayu yang kuat yang disusun di atas tanah untuk menyokong atau mengalas kayu-kayu lain untuk tujuan tertentu, misalnya untuk pengeringan. |