Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pin.ta.ran] | کڤينترن

Definisi : 1. kepandaian; 2. kecerdikan; 3. kemahiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pin.ta.ran] | کڤينترن

Definisi : 1 keadaan atau sifat pintar; kecerdikan; kecerdasan. 2 hal atau sifat mahir; kemahiran: ~nya menenun kain telah menarik perhatian pelancong itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepintaran

Peribahasa

Pandai mencuri terasa mendapat,
     tak pandai mendapat terasa mencuri.

Bermaksud :

Sesuatu yang diperoleh dengan kepintaran terasa usaha yang benar, dan sesuatu yang diperoleh dengan jalan menipu terasa didapat dengan curian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
labourburuhEkonomiTiadaTenaga manusia yang digunakan dalam proses pengeluaran, tetapi tidak termasuk tenaga pengurusan dalam bentuk fizikal atau mental. Buruh bersifat kuantitatif dari segi tenaga dan masa, dan bersifat kualitatif dari segi kepintaran dan kemahiran.
tricksterpenipuKesusasteraanTiadaWatak dalam sesebuah karya yang berfokus kepada penipuan atau watak yang banyak tipu muslihat. Watak penipu biasanya terdapat dalam sastera rakyat. Cerita Sang Kancil ialah contoh cerita penipu yang terkenal dalam budaya Melayu. Dlam cerita ini, watak kecil dan lemah biasanya dapat menipu watak kuat dan besar dengan menggunakan kepintaran akal.
foolperanKesusasteraanTiadaPelawak atau pemain sandiwara. Watak pelawak digambarkan berkhidmat sebagai teman, pelindung, dan penasihat kepada raja serta putera raja. Dalam makyung, terdapat dua jenis peran, iaitu Peran Muda dan Peran Tua. Peran Tua diberi penghormatan yang setara dengan Semar, iaitu watak lelucon dalam teater tradisional Jawa yang mempunyai kesaktian dan kepintaran. Dengan kelebihan tersebut, Peran Tua menggunakan mantera untuk menguasai alam ghaib bagi melindungi rajanya.

Kembali ke atas