final goods | barang akhir | Ekonomi | Tiada | Barang yang dikeluarkan untuk penggunaan unit ekonomi dengan tujuan mendapat utiliti atau kepuasan, bukan untuk tujuan mengeluarkan barang-barang lain. Misalnya, roti dan kereta, yang penggunaannya bertujuan untuk mendapatkan kepuasan. Lihat barang perantaran. |
marital satisfaction | kepuasan perkahwinan | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
chef's kiss | kucupan cef | Umum | Tiada | Isyarat atau cara untuk menyatakan kepuasan atau persetujuan dengan mencium hujung jari sebelah tangan dan kemudian menjauhkan jari-jari dari bibir dengan gerakan ke luar. |
visitor use planning | perancangan guna pelawat | Pelancongan | Tiada | Perancangan sesuatu kawasan yang mengoptimumkan kepuasan pelawat tanpa menjejaskan alam sekitar. |
self-esteem | harga diri | Kejururawatan | Tiada | Pencapaian maruah diri pada tahap yang mencapai kepuasan diri seseorang. Harga diri boleh terbahagi kepada harga diri rendah atau tinggi. |
fun-filled adventure | cabaran penuh hiburan | Pelancongan | Tiada | Aktiviti pelancongan berasaskan cabaran untuk memenuhi kepuasan pelancong, seperti menaiki roller- coaster. |
voyeurism | voyeurisme | Perubatan | Psikiatri | Amalan mengintai orang lain bertelanjang dan melakukan aktiviti seks untuk memperoleh keseronokan atau kepuasan seks. |
Faust theme | tema Faust | Kesusasteraan | Tiada | Tema arketaip seseorang cendekiawan yang sanggup menerima balasan seksa neraka demi memiliki kepuasan intelektual dan kebendaan. Hal ini didasarkan kepada legenda pada kurun ke-16 yang mengesahkan seorang ahli sihir bernama Faust. Faust sanggup menggadaikan nyawanya kepada syaitan demi memperoleh pengetahuan dan kuasa. Tema ini dihidupkan dalam karya Geothe bertajuk Faust dan novel Thomas Mann berjudul Doktor Faustus. |
psychopathic personality | personaliti psikopatik | Perubatan | Psikiatri | Perwatakan individu yang melakukan jenayah, aktiviti seksual atau keganasan secara berterusan untuk mendapatkan kepuasan hidup dan tidak menyesal dengan perbuatan jahatnya. |
employee-centered work redesign | reka semula kerja tumpuan pekerja | Pentadbiran | Tiada | Konsep inovatif yang direka untuk menghubungkan misi syarikat dengan keperluan kepuasan bekerja. |