flag | penanda | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Huruf-huruf khusus pada keputusan ujian makmal untuk mendapatkan perhatian pengamal perubatan terhadap keputusan ujian tersebut. Lazimnya, aras normal pada keputusan ujian makmal telah ditetapkan mengikut selang rujukan tertentu. Setiap keputusan yang tidak normal akan mengeluarkan penanda untuk makluman dan tindakan selanjutnya oleh pengamal perubatan sekiranya perlu. Contohnya, jika keputusan ujian gula lebih tinggi daripada selang rujukan, penanda ‘H’ akan dipaparkan. |
clinical decision support system (CDSS) | sistem sokongan keputusan klinikal (CDSS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang dapat menganalisis data untuk membantu pengamal perubatan membuat sesuatu keputusan klinikal. CDSS merupakan adaptasi daripada sistem pembuat keputusan yang sering digunakan untuk menyokong pengurusan perniagaan. Pengamal perubatan menggunakan sistem ini untuk menganalisis dan menyediakan ulasan diagnosis sebagai satu cara menambah baik keputusan akhir rawatan. Analisis yang dibuat dapat meramal kejadian yang akan terjadi meliputi kesan ubat sehingga ke simptom penyakit. |
decision making application | aplikasi pembuat keputusan | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Atur cara yang direka bentuk untuk membantu membuat keputusan yang wajar berdasarkan penyusunan maklumat daripada kombinasi data mentah, dokumen, pengetahuan peribadi atau model perniagaan bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah. Aplikasi ini menggabungkan kekuatan pemikiran manusia dengan kekuatan sistem pemodelan untuk mendapatkan keputusan yang optimum dan lebih tepat. Contoh penggunaan aplikasi ini adalah dalam menentukan rawatan yang terbaik kepada pesakit berdasarkan maklumat penyakit dan risiko yang akan dihadapi. |
decisional conflict | konflik keputusan | Kejururawatan | Tiada | Pemilihan atau keputusan yang kurang pasti dan dianggap bertentangan. |
lobbying | melobi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Cubaan individu atau golongan pendesak mempengaruhi keputusan kerajaan sama ada secara memujuk anggota dewan perundangan, kabinet atau pihak tertentu yang membuat keputusan. Ia boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti desakan secara langsung, pembujukan kepada wakil rakyat atau menteri, menulis surat, membangkitkan isu tersebut di akhbar, menelefon pegawai yang terlibat dan penggunaan wang supaya desakan mereka diterima. Istilah melobi bermula daripada amalan pembujukan yang dilakukan di bahagian lobi atau ruang anjung dewan sehingga namanya ini kekal digunakan untuk menjelaskan maksud tersebut. Di Amerika Syarikat, golongan pendesak tertentu melaksanakan kajian terperinci mengenai sesuatu isu dan kemudian mendedahkan hasil kajian dan kesan jangka panjangnya kepada wakil rakyat, dan ini boleh mempengaruhi beliau dalam menggubal keputusan. |
paternalism | paternalisme | Perubatan | Psikiatri | Sikap kebapaan yang menjadikan seseorang bertindak membuat sebarang keputusan untuk orang lain demi kebaikan, walaupun keputusan tersebut tidak dipersetujui. |
Act of Parliament | Akta Parlimen | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keputusan yang diambil oleh Parlimen untuk memelihara kepentingan masyarakat apabila muncul sesuatu isu yang memerlukan reaksi segera dari parlimen. Tindakan ini biasanya merujuk kepada persetujuan yang bersifat sebulat suara oleh ahli-ahlinya. Contohnya, Parlimen Malaysia mengambil keputusan mengutuk tindakan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran George Bush Jr. yang menyerang Iraq pada tahun 2003 tanpa mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tindakan Parlimen Malaysia ini dibahaskan di Parlimen serta mendapat kolektif persetujuan ahli. |
Act of Executive | Tindakan Eksekutif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keputusan yang diambil oleh kabinet yang mempunyai kuasa eksekutif untuk memelihara dan melindungi kepentingan awam. Tindakan diambil apabila muncul sesuatu isu yang memerlukan tindakan segera kerajaan. Tindakan ini hanya dibincang di peringkat kabinet tanpa memerlukan pengesahan parlimen. Contohnya, keputusan kabinet (kerajaan) Malaysia menetapkan harga siling bagi produk video cakera padat merupakan satu bentuk tindakan eksekutif yang bertujuan melindungi kepentingan ekonomi industri muzik negara. |
referendum | pungutan suara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bancian pendapat mengenai sesuatu isu yang penting dalam sebuah negara yang memerlukan satu keputusan segera anggota masyarakat. Pungutan suara ini akan menggambarkan pandangan atau pilihan masyarakat manakala kerajaan akan bertindak berasaskan keputusan tersebut. Dalam referendum ini, orang ramai diberi pilihan dan menandakannya di dalam kertas undi yang diedar. Kebiasaannya satu hari atau minggu khas diadakan untuk referendum ini. Contohnya, rakyat wilayah Acheh telah mengadakan referendum dalam isu untuk kekal atau keluar dari Indonesia. Sinonim referendum. |
clinical decision support (CDS) | sokongan keputusan klinikal (CDS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem pendekatan yang membolehkan pengamal perubatan, pesakit atau orang perseorangan mendapatkan pengetahuan dan maklumat khusus mengenai seseorang individu. Sistem ini juga direka untuk menapis secara pintar atau memaparkan maklumat pada bila-bila masa agar rawatan kesihatan dapat ditingkatkan sepanjang masa. Sistem ini dilengkapi dengan pelbagai alat untuk memudahkan keputusan dibuat dalam aliran kerja klinikal. CDS dapat meningkatkan kualiti, keselamatan, kecekapan dan keberkesanan penjagaan kesihatan. |