Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.da.ngan] | کرادڠن

Definisi : 1. perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya nanti, dia akan dapat me­le­paskan kegeraman dan ~nya; 2. (Ubat) (keadaan) radang: jangkitan kuman pd salur-an pernafasan mengakibatkan ~ dan ke-bengkakan di saluran telinga tengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keradangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antiinflamatoryantiradangHerbaFitoterapiBahan yang berupaya merawat gejala keradangan dan menghentikan proses keradangan. Sinonim antiflogistik.
inflammatory resorbtion of primary teethkeradangan resorb gigi primerPergigianTiadaProses keresorban akar gigi desidus akibat keradangan di kawasan hujung akar atau furkasi akar. Keradangan tisu di sekeliling gigi berpunca daripada trauma atau pulpa terinfeksi akan mengakibatkan resorbsi akar gigi tersebut, seterusnya gigi menjadi goyah dan mungkin tertanggal.
anti-inflammatoryantikeradanganHerbaTiadaHerba yang mengurangkan keradangan di dalam tubuh tanpa bertindak secara langsung pada penyebab keradangan. Contoh herba ini ialah cikori, kayu putih, halia, kunyit, betik, kranberi, bunga elder, adas, akar manis, letup-letup, pepermin, kulit kayu pain, rubarb, daun rosemary, kesumba, keladi liar, feverfew dan witch hazel.
inflammationkeradanganPerikananAkuakulturKeadaan tisu perumah terhadap kecederaan, jangkitan atau kehadiran bahan asing. Contohnya, pembengkakan atau perdarahan tisu.
dermatitisdermatitisHerbaFitoterapiKeradangan pada kulit yang dicirikan oleh kulit kemerah-merahan dan mengelupas.
eczemaekzemaHerbaFitoterapiKeradangan kulit yang tidak berjangkit, juga dikenali sebagai dermatitis atopik. Ekzema dicirikan oleh kulit kemerahan, gatal-gatal dan rasa melecur yang menyebabkan kulit menjadi bersisik dan/atau mengeras.
erysipelaserisipelasHerbaFitoterapiKeradangan lapisan kulit luar akibat jangkitan bakteria. Erisipelas dicirikan oleh tompok-tompok besar kemerahan dan bengkak pada kulit.
furunclefurunkelHerbaFitoterapiKeradangan bernanah pada kulit atau di bawah kulit yang disebabkan oleh jangkitan kuman Staphylococcus aureus; bisul.
gingivitisgingivitisHerbaFitoterapiKeradangan pada gusi yang menyebabkan bengkak dan berdarah.
conjunctivitiskonjunktivitisHerbaFitoterapiKeradangan pada lapisan konjunktiva yang merangkumi permukaan dalam kelopak mata dan bahagian putih mata akibat jangkitan kuman atau virus. Sinonimoftalmia.
1234

Kembali ke atas