Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rah.sia.an] | کرهسياءن

Definisi : perihal rahsia: Mubarak datang dgn penuh keghaiban dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerahsiaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
confidentialitykerahsiaanTeknologi Maklumate-KesihatanSet peraturan atau perjanjian yang mengehadkan capaian bagi jenis maklumat tertentu. Set ini mencakupi aspek keselamatan bagi memastikan maklumat rahsia tidak diketahui. Contohnya, dalam e-kesihatan, kerahsiaan maklumat peribadi pesakit mengikut tahap kebenaran yang diperuntukkan dan hanya boleh dicapai oleh individu yang telah diberikan kebenaran.
esotericesoterikKesusasteraanPuisiPuisi yang difahami oleh sekelompok khalayak yang lazimnya mempunyai minat, pengalaman dan pengetahuan khusus; puisi seperti ini penuh dengan kerahsiaan. Contohnya, puisi metafizik.
pollspusat mengundiSains PolitikPolitik PerbandinganTempat pembuangan undi yang lazimnya diadakan di kawasan awam seperti sekolah, balai raya, pejabat kerajaan atau dewan serba guna. Pusat mengundi ini sentiasa dikawal oleh anggota keselamatan bagi menjamin kerahsiaan dan keselamatan. Hanya pengundi berdaftar dibenarkan memasuki pusat ini. Wakil calon atau perayu undi pula tidak dibenarkan berada berdekatan dengan pusat ini. Contoh pusat mengundi ialah sekolah rendah atau sekolah menengah bagi kebanyakan kawasan di Malaysia.
child groomingpengantunan kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahTindakan persediaan awal yang dilakukan oleh pelaku dewasa terhadap mangsa kanak-kanak dengan menjalinkan hubungan mesra bagi tujuan melakukan jenayah pada masa hadapan. Tindakan ini termasuklah mendapatkan akses kepada mangsa, membina hubungan kepercayaan dan kepatuhan, serta memastikan kerahsiaan agar perbuatan pelaku tidak terdedah.
child sexual groomingpengantunan seksual kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahTindakan persediaan awal yang dilakukan oleh pelaku dewasa terhadap mangsa kanak-kanak dengan menjalinkan hubungan mesra bagi tujuan melakukan serangan seksual pada masa hadapan. Tindakan ini termasuklah mendapatkan akses kepada mangsa, membina hubungan kepercayaan dan kepatuhan, serta memastikan kerahsiaan agar perbuatan pelaku tidak terdedah.
Tempest standardpiawai TempestTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPiawaian yang ditetapkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk mengehadkan emanasi daripada alat elektronik. Emanasi ini boleh dipintas dan dianalisis oleh pengguna hasad untuk mengetahui kandungan data dalam emanasi tersebut. Piawaian ini diberikan kepada perkakasan yang tidak mengeluarkan emanasi yang boleh menggugat kerahsiaan komunikasi. Piawaian ini juga diberikan kepada alat yang hanya mengeluarkan emanasi yang tidak dapat menembusi ruangan atau premis terpercaya.
polling boothpetak mengundiSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan kecil atau ruang yang digunakan oleh pengundi untuk membuat pemilihan calon dalam pilihan raya. Petak ini disediakan khas bagi memastikan pengundi dapat membuat pilihan secara rahsia dan tidak terganggu. Petak ini biasanya terletak di dalam bilik mengundi yang tidak berjauhan dengan meja pendaftaran dan kotak undi. Petak mengundi harus terlindung daripada penglihatan orang lain bagi menjamin kerahsiaan pengundian itu.
encryptionpenyulitanTeknologi Maklumate-KesihatanProses penukaran maklumat ke dalam kod atau sifar yang hanya difahami oleh pengguna yang sah. Kunci rahsia atau kata laluan diperlukan untuk mengenyah sulit atau mengenyah kod sesuatu maklumat. Contohnya, data pesakit dalam rekod kesihatan elektronik (EHR) atau rekod perubatan elektronik (EMR) yang ingin dihantar ke lokasi lain akan menjalani proses penyulitan untuk memastikan kerahsiaan dan keselamatan data terjamin.

Kembali ke atas