unitary | kesatuan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan negara yang berasaskan kepada satu kerajaan terpusat berbanding dengan persekutuan yang memperlihatkan dua lapisan kerajaan seperti kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan ini menguasai segala bidang pemerintahan, kekayaan ekonomi dan segala sumber yang ada dalam negara tersebut walaupun dalam negara ini juga terdapat golongan minoriti yang berbeza etnik, budaya dan agama. Dalam negara seperti ini, biasanya wujud gerakan pemisahan yang menuntut autonomi atau kemerdekaan kerana tertindas oleh kerajaan yang memberi kelebihan kepada golongan majoriti. Contohnya Filipina, Indonesia, Thailand dan Sri Lanka. |
federalism | federalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemerintahan atau pentadbiran negara yang terbahagi kepada dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Dalam sesebuah negara yang memiliki banyak wilayah, pembahagian ini dibuat kerana wilayah-wilayah tersebut mahukan autonomi dalam bidang tertentu. Sistem ini mengutamakan hak autonomi bagi golongan minoriti dan wilayah yang terpisah. Perlembagaan dalam sistem ini membahagikan kuasa negeri dan kuasa pusat kepada dua senarai yang berbeza. Kerajaan pusat biasanya menguasai bidang yang penting seperti hal-ehwal luar, keselamatan dalam negeri, kewangan dan pendidikan, manakala kerajaan negeri menguasai bidang-bidang seperti kebudayaan, sumber alam, tanah, cuti am dan agama. Namun begitu, terdapat juga sistem persekutuan yang mewujudkan senarai bersama iaitu bidang kuasa yang dikongsi antara kerajaan pusat dan negeri. Contohnya Malaysia, Kanada, India dan Australia. Sinonim faham persekutuan. |
confederation | pergabungan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pentadbiran kerajaan yang terdiri daripada gabungan beberapa wilayah dalam satu unit politik. Walaupun bergabung, setiap wilayah masih mengekalkan darjah autonomi yang tinggi dalam urusan pentadbirannya. Dalam sistem ini, terdapat dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan pusat hanya bertindak sebagai penyelaras dalam struktur hubungan antara negeri-pusat dan juga antara negeri-negeri. Kerajaan negeri pula menguruskan hal ehwal dalaman. Contohnya, negara Jerman semasa era Wehmier pada abad ke-16 mengamalkan sistem ini. |
residual power | kuasa baki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa yang menjadi milik kerajaan pusat setelah pihak lain tidak menuntutnya. Fenomena ini banyak terjadi dalam negara persekutuan yang membahagikan kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kuasa kerajaan negeri menjadi milik autonomi negeri dan tidak boleh diganggu oleh kerajaan pusat. Sekiranya terdapat bidang kuasa yang tidak tersenarai dalam senarai negeri atau pusat maka ia dikatakan sebagai kuasa baki dan lazimnya menjadi milik kerajaan pusat. Sinonim kuasa residual. |
provisional government | kerajaan sementara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang dibentuk hanya untuk sementara waktu sama ada kerana masih tidak boleh mcmbentuk kerajaan rasmi atau masih dalam pelarian atau buangan ataupun sementara menanti keadaan menjadi aman setelah berlaku kacau-bilau dalam sesebuah negara. Kerajaan ini dibentuk sebagai memenuhi keperluan wujudnya pemerintah untuk mentadbir negara tetapi tidak menjadi kerajaan yang popular. Kerajaan ini hanya menjalankan urusan pentadbiran bagi tempoh tertentu. Contohnya, kerajaan sementara Korea telah dibentuk di Shanghai pada tahun 1919 oleh pejuang nasionalis Korea yang sangat patriotik kerana negara tersebut sedang dikuasai oleh Jepun. |
Government Technology (GovTech) | Kerajaan Berteknologi Maju | Pentadbiran | Tiada | Pendekatan keseluruhan kerajaan untuk pemodenan sektor awam. GovTech menekankan tiga aspek, iaitu perkhidmatan awam yang mudah diakses dan berpaksikan rakyat, transformasi kerajaan digital serta sistem kerajaan yang cekap, telus dan tidak rumit. (RMK12) |
caretaker government | pemerintah sementara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang dibentuk untuk jangka masa tertentu sehingga kerajaan yang sah ditubuhkan. Dalam konteks politik, konsep ini merujuk kepada kerajaan yang dibentuk akibat daripada keadaan yang tidak stabil dalam sesebuah negara seperti berlakunya peperangan, kerajaan yang mendapat undi tidak percaya daripada parlimen ataupun parlimen telah dibubarkan. Amalan kerajaan sementara ini sering berlaku dalam sistem kerajaan yang dibentuk berasaskan kepada gabungan beberapa parti. Apabila berlaku perpecahan dalam gabungan tersebut, maka kerajaan yang sedia ada terpaksa dibubarkan. Semasa menunggu pembentukan sebuah kerajaan yang baharu, urusan pentadbiran negara tersebut akan diambil alih oleh pemerintah sementara ini. |
interim government | pemerintah sementara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang dibentuk untuk jangka masa tertentu sehingga kerajaan yang sah ditubuhkan. Dalam konteks politik, konsep ini merujuk kepada kerajaan yang dibentuk akibat daripada keadaan yang tidak stabil dalam sesebuah negara seperti berlakunya peperangan, kerajaan yang mendapat undi tidak percaya daripada parlimen ataupun parlimen telah dibubarkan. Amalan kerajaan sementara ini sering berlaku dalam sistem kerajaan yang dibentuk berasaskan kepada gabungan beberapa parti. Apabila berlaku perpecahan dalam gabungan tersebut, maka kerajaan yang sedia ada terpaksa dibubarkan. Semasa menunggu pembentukan sebuah kerajaan yang baharu, urusan pentadbiran negara tersebut akan diambil alih oleh pemerintah sementara ini. |
state | pemerintah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Institusi pemerintahan yang absah yang menguasai serta melaksanakan kuasa pentadbiran terhadap masyarakat. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan tetapi tidak tepat untuk mengatakan kerajaan itu sama dengan pemerintah. Kerajaan merupakan sebahagian daripada pemerintah. Kerajaan boleh berubah apabila tewas di dalam pilihan raya tetapi institusi pemerintah tetap kekal. Pemerintah merangkumi kerajaan serta semua agensi seperti institusi polis, kastam, imigresen, jabatan hasil dan kerajaan tempatan. Pemerintah ini juga mempunyai kedudukan yang tinggi dan dihormati serta mempunyai autoriti ke atas masyarakat. Contohnya, kerajaan negeri Terengganu berubah daripada kerajaan PAS kepada kerajaan BN pada pilihan raya 2004 tetapi agensi pemerintahannya tetap kekal. Sinonim negara. |
representative govemment | kerajaan berperwakilan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang dibentuk melalui wakil rakyat yang memenangi pilihan raya dan mendominasi dewan perwakilan. Kerajaan ini bertindak memelihara kepentingan orang ramai dan menyuarakannya dalam persidangan dewan. Kerajaan berperwakilan juga bertanggungjawab sepenuhnya kepada dewan perundangan atau dewan perwakilan dan perlu peka kepada kehendak orang ramai yang boleh menjatuhkan mereka melalui undi tidak percaya wakil rakyat. Contohnya, kerajaan dalam demokrasi berparlimen Malaysia. |