realm | alam; kerajaan; | Sejarah | Tiada | 1. Negara atau kerajaan atau pemerintahan yang wujud pada satu ketika di sesebuah tempat.,2. Kawasan atau daerah yang di alam khayalan dikiaskan dalam kehidupan manusia. |
embargo | embargo | Ekonomi | Tiada | 1.Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau mengeksport sesuatu barang atau perkhidmatan dari/ke sesebuah negara dengan tujuan untuk mendesak supaya sesuatu konsesi diberikan kepadanya. 2. Sekatan terhadap keluar masuk kapal dari pelabuhan sesebuah negara. 3. Keengganan sesebuah syarikat pengangkutan untuk mengangkut barang-barang apabila berlaku mogok atau kesesakan lalu lintas. |
act of state | tindakan negara | Sains Politik | Tiada | 1. Tindakan kerajaan atas nama negara sama ada di peringkat antarabangsa mahu pun dalam negeri. |
patent | paten | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sijil anugerah daripada kerajaan yang memberi hak eksklusif terhadap rekaan untuk sesuatu tempoh yang terhad. |
duumvirate | perintahan berdua | Sejarah | Tiada | 1. Bentuk pemerintahan kerajaan Rom purba yang terdiri daripada dua duumvir yang menganggotai satu badan, majlis atau jawatankuasa untuk upacara tertentu.,2. Gabungan dua orang di peringkat tertinggi pentadbiran untuk menjalankan sesuatu tugas penting. |
formal | rasmi/formal; bentuk; logis | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Rasmi/Formal: Sesuatu yang disahkan oleh kerajaan atau yang berkuasa, atau diisytiharkan oleh kerajaan, jabatan dan lain-lain.,2. Bentuk: Bentuk luaran sesuatu struktur. Logis: Sesuatu yang dapat diterima oleh akal. |
benchmarking | penandaarasan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenal pasti, mengamalkan dan membudayakan amalan kerja organisasi yang terbaik dan cemerlang di dalam atau di luar organisasi. Penandaarasan juga merupakan satu tindakan untuk memperkukuh pelaksanaan PKM dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan agensi kerajaan. Bagi memudahkan agensi kerajaan melaksanakan program penandaarasan, kerajaan telah mengenal pasti satu garis panduan yang terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 1999, iaitu Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam. Penandaarasan dilaksanakan dengan cara membandingkan aktiviti atau pencapaian teras organisasi dengan badan dalam atau luar organisasi dalam kategori yang sama. Contohnya, perbandingan standard perkhidmatan kaunter pelanggan Pos Malaysia dengan Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara. |
state | negeri; negara; kerajaan;stet | Kesenian | Tiada | 1. stet: Peringkat perkembangan dalam penyediaan plat cetak.,2. Keadaan tembikar yang belum dibakar. |
corporate communication | komunikasi korporat | Komunikasi | Korporat | 1. Bidang ilmu yang mengkaji tentang keadaan dan proses interaksi antara organisasi dengan khalayak yang berkepentingan. Bidang ini merangkumi antaranya komunikasi organisasi, perhubungan awam, perhubungan media, penulisan korporat, perhubungan kerajaan, pengurusan krisis komunikasi, komunikasi pengiklanan korporat, komunikasi perniagaan, audit komunikasi, komunikasi pemasaran bersepadu, dan pengurusan tanggungjawab sosial korporat. Kepentingan fungsi bidang ini adalah untuk menyediakan golongan pemikir serta perancang dan pelaksana organisasi sama ada swasta atau kerajaan, bagi memastikan wujudnya keseimbnagan pembangunan yang menguntungkan organisasi. Keuntungan ini bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi juga kebajikan khalayak yang berkepentingan dengan organisasi. Keterampilan organisasi dalam pengurusan komunikasi korporat boleh membantu meningkatkan kecekapan pengeluaran organisasi yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara. 2. Komponen perniagaan yang berteraskan pengurusan perkhid |
widow's benefit | faedah balu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Faedah insurans yang dikendalikan untuk balu oleh kerajaan. |