Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rat] | کرت

Definisi : 1. bahagian (drpd sesuatu), potong, penggal: tulang belakang tubuh manusia ada tiga puluh tiga ~ semuanya; se~ dawai sepotong dawai; tulang empat ~ anggota (kaki dgn tangan); (dgn) tulang delapan ~ (dgn) tubuh dan anggota sahaja; se~ jalan sebahagian jalan (belum sampai ke penghabis­an jalan atau perjalanan): kemenangan kita di Rusia ialah kemenangan se~ jalan; 2. (digunakan utk menegaskan sedikitnya bilang­annya): orang Melayu tidak harus berpuas hati dgn empat lima ~ sahaja yg berjaya dlm lapangan perniagaan; berapa ~ antara mereka itu yg benar-benar sanggup berkorban; berkerat telah atau sudah dikerat: batang ubi yg ~ itu diikatnya dlm dua berkas; ~ rotan memutuskan tali persahabatan (per­saudaraan); mengerat memotong, memenggal, meman­cung (kepala): maka dikerat pusatnya, dibedung dgn kain yg keemasan; dahan kayu itu dikeratnya menjadi beberapa potong; ~ batang padi; ~ kepala, ~ leher memenggal kepala; ~ lidah menyampuk atau menyelangi perkataan (per­cakapan) orang; terkerat terpotong (kayu, jari, dll), terpeng­gal (kepala), terhenti (percakapan, perbual­an) kerana sesuatu gangguan: banyak panglimanya mati ~ kepala mereka; percakapan mereka ~ oleh keriuhan di luar; keratan bahagian drpd sesuatu yg telah di­kerat, bahagian (drpd sesuatu), irisan, peng­galan, potongan: ~-~ kayu itu diikatnya dan dibawa pulang; syair lebih mementingkan keseragaman bunyi di hujung ~ perkataannya; ~ akhbar bahagian akhbar (biasanya yg mengandungi berita atau siaran tertentu) yg dipotong drpd sesuatu halaman surat khabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rat] | کرت

Definisi : bunyi spt bunyi tupai mengunggis benda yg keras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rat] | کرت

Definisi : ; ~ telunjuk sj tumbuhan (pokok), kedondong bulan, kedondong pasir, Canarium rufum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rat] | کرت

Definisi : sebahagian drpd sesuatu yg telah dipotong; penggal; potong: se~ batang ubi kayu; pantun empat ~. berkerat sudah atau telah dikerat: Daun-daun pandan yg ~ itu pun dilayur. mengerat memotong; memenggal; memancung (leher): ~ kayu; ~ leher. terkerat terpotong; terpenggal. keratan bahagian drpd sesuatu yg telah dikerat; potongan; penggalan. ~ memanjang keratan yg dibuat secara memanjang (pd sesuatu). ~ rentas (lintang) keratan yg dibuat secara merentas sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerat (kata kerja)
Bersinonim dengan penggal, potong, pancung, hiris, kabung, sayat;,
Kata Terbitan : mengerat, terkerat, keratan,

Puisi
 

Oranglah Acheh keratlah kuku,
     Kerat-kerat luka jarinya;
Oranglah berkasih tidak begitu,
     Taruh terikat di dalam hatinya.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kurang kerat,
     rengkuh yang lebih.

Bermaksud :

Usaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pantun lapan keratpantun lapan keratKesusasteraanTiadaTiada
pantun enam keratpantun enam keratKesusasteraanTiadaTiada
pantun empat keratpantun empat keratKesusasteraanTiadaTiada
pantun dua keratpantun dua keratKesusasteraanTiadaTiada
slashkeratKesenianTiadaKerat: Belah yang dibuat pada pola, untuk penyesuaian pola kepada stail pakaian yang dikehendaki.
pantoumpantunKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang ketat konvensinya. Pantun kebanyakannya terdiri daripada empat baris satu rangkap. Dua baris pertama sebagai pembayang maksud dan dua baris seterusnya sebagai maksud. Pantun yang sedemikian disebut sebagai pantun empat kerat. Terdapat juga pantun enam, lapan, sepuluh, dan dua belas kerat. Pantun terpendek ialah pantun dua kerat dengan baris pertama sebagai pembayang dan baris kedua sebagai maksud. Selain itu, terdapat juga bentuk pantun yang menarik dan disebut sebagai pantun berkait. Dalam pantun berkait, baris kedua dan keempat pada rangkap pertama menjadi baris pertama dan ketiga untuk rangkap seterusnya. Pantun berkait boleh terdiri daripada berbelas-belas rangkap dengan tema yang berurutan. Setiap rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan mengandungi unit makna yang utuh, kecuali pantun berkait yang maknanya berkembang mengikut rangkap yang lain. Baris pantun terdiri daripada tiga atau empat patah perkataan dengan pola rimanya, a,b,a,b, dan setiap patah perkataan terdi
rustkerat;; rusta (penyakit)FizikTiadaTiada
girdlekerat lilit; gelangan; kendit; girdelGeologiTiadaTiada
crosscutkerat silangGeologiTiada1. Laluan mendatar yang digali serenjang dengan lapisan batu arang atau telerang mineral.
crosscutkerat silang;, suntingan silangKomunikasiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas