anxiety neurosis | neurosis keresahan | Perubatan | Psikiatri | Penyakit mental yang tidak serius, yang dicirikan oleh ketegangan dan keresahan, dan biasanya tanpa punca yang jelas. |
phobic anxiety disorder | gangguan keresahan fobia | Perubatan | Psikiatri | Gangguan mental yang berlaku apabila seseorang mengalami ketakutan yang tidak rasional dan keresahan dalam tempoh tertentu. |
antianxiety drug | drug antiresah | Farmasi | Tiada | Agen yang digunakan untuk: merawat simptom keresahan. Agen ini digtmakan terutamanya dalam rawatan gangguan keresahan. Kumpulan agen ini dikenali sebagai trank:uilizer minor. Contohnya, diazepam, lorazepam, buspiron dan alprazolam. |
akathisia | akatisia | Perubatan | Psikiatri | Keresahan dan kesukaran untuk duduk diam. |
anodyne | anodin | Herba | Fitoterapi | Ubat yang menenangkan keresahan fikiran dan melegakan rasa sakit dengan pengurangan sensitiviti sistem saraf. Contohnya, candu dan ganja. |
denial | penafian | Kejururawatan | Tiada | Usaha untuk mengurangkan keresahan dengan keengganan menerima pemikiran, perasaan, fakta atau kenyataan. |
fidget toy | mainan nyahresah | Psikologi | Tiada | Alat permainan untuk aktiviti yang dapat mengurangkan keresahan, kebimbangan, kebosanan dan biasanya dimainkan dengan menggunakan tangan. |
health denial | penafian kesihatan | Kejururawatan | Tiada | Ketakterimaan individu terhadap kemerosotan kesihatan yang dihadapinya untuk mengurangkan keresahan atau ketakutan terhadap penyakit yang dihidapinya. |
systematic desensitisation | penyahpekaan sistematik | Perubatan | Psikiatri | Teknik psikoterapi tingkah laku yang sistematik dan berkesan untuk mengatasi fobia dan keresahan. |
stress eating | makan nyahstres | Psikologi | Tiada | Tindakan atau tabiat makan atau makan berlebihan sebagai cara untuk melegakan tekanan atau keresahan, bukannya disebabkan oleh kelaparan. |