anodyne | anodin | Perubatan | Tiada | 1. Bahan ubat yang melegakan sakit; analgesik. 2. Sesuatu yang mengurangkan keresahan fikiran. |
acrodynia | akrodinia | Kimia | Forensik | 1. Penyakit yang dikenali sebagai penyakit merah jambu atau eritroedema. Penyakit ini berlaku pada bayi atau kanak-kanak pada peringkat tumbuh gigi, yang dicirikan dengan gatal-gatal, bengkak dan Kemerahan pada muka,jari tangan dan kaki, keresahan, keadaan lemah, dan neuritis. Keadaan ini di sebabkan merkuri atau garam merkuri yang ditambah dalam serbuk ubat gigi, salap, dan sebagainya. 2. Penyakit pada haiwan yang terencat dan menjadi dermatitis yang dicirikan dengan ke- merahan dan bengkak pada bahagian hujung kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku di sebabkan gizi tulen yang ditambah dengan tiamina dan riboflavin. Keadaan ini boleh diatasi dengan menambahkan ragi yang mengandungi vitamin B6 kepada bahan makanan. |
amitriptyline | amitriptilina | Kimia | Forensik | Nama dagang, Elavil. Antidepresan trisiklik yang bertindak dengan cara menghalang penyerapan semula neurotransmitter ke dalam akson. Amitriptilina digunakan untuk merawat kemurungan mental dan kemurungan yang diikuti oleh keresahan, selta untuk merawat enuresis. Kesan sampingan bahan ini termasuk loya,gemuruh, anoreksia, rasa mengantuk, pening, terawang-awang, dan pengsan. Dos maut ialah I g bagi kanak-kanak berusia setahun. Kepekatan toksiknya pula ialah 1 µg/mL. Pada umumnya dos melebihi 30 mg/kg adalah berbahaya. |
carbon disulfide poisoning | keracunan karbon disulfida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada karbon disulfida (formula kimia, CS2), iaitu cecair dengan takat didih 46�C, yang digunakan dalam bentuk wap sebagai insektisid dan sebagai pelarut industri. Bahan ini boleh menyebabkan kesesakan dan edema saluran gastrousus. Had pendedahan ialah 10 ppm, dan dos parah dianggarkan 1 g secara pengingesan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan. Keracunan akut yang terjadi akibat terdedah pada kepekatan dari 100 ppm hingga 1000 ppm menyebabkan gejala yang bermula dengan keresahan, kerengsaan membran mukus, rabun penglihatan, loya dan muntah, serta sakit kepala, yang seterusnya mengakibatkan tidak sedar dan lumpuh pernafasan. Jika terkena pada kulit, karbon disulfida menyebabkan kemerahan dan rasa pedih, dan kemudian retak dan mengelupas. Jika cecair terus bersentuhan dengan kulit selama beberapa minit, kebakaran darjah kedua mungkin terjadi. Pengingesan menyebabkan muntah, sakit kepala, sianosis, pengurangan pernafasan, tekanan darah turun, tidak sedar, terketar-ketar, konvul |
coccaine poisoning | keracunan kokaina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada kokaina, iaitu ubat yang digunakan sebagai anestetik setempat pada membran mukus. Dos parah selepas digunakan pada membran mukus mungkin serendah 30 mg. Kepekatan toksik adalah dari 0.5 �g/mL. Tanda utama keracunan ialah konvulsi dan kegagalan pereda ran darah. Keracunan akut teljadi akibat pengingesan, penyuntikan, atau penyerapan melalui membran mukus atau pelelasan kulit. Gejala awal termasuklah keresahan, keadaan terangsang, halusinasi, takikardia, anak mata terbeliak, sejuk atau demam, aberasi deria, sakit abdomen, muntah, rasa kebas, dan spasma otot. Ini diikuti dengan pernafasan tak seragam, konvulsi, kegagalan peredaran darah dan koma. Kematian mungkin teljadi segera selepas penggunaan kokaina atau mungkin tertangguh selama 1- 3 jam. Keracunan kronik akibat pengingesan, penyuntikan atau penyerapan membran mukus atau pelelasan kulit menyebabkan halusinasi, kerosakan mental, hilang berat badan, atau perubahan watak. Penggunaan kokaina sebagai bahan sedutan boleh meny |