Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : batu kecil-kecil (digunakan dlm pembinaan jalan raya, bangunan, dll); berkerikil berbatu kerikil dan tidak rata (bkn permukaan jalan dsb): perlumbaan sejauh 15 kilometer melalui jalan yg ~; mengerikil, mengerikili menggunakan batu kerikil utk memperkukuh atau melapis jalan dll): ~ jalan; kelikir II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; batu ~ batu kecil-kecil spt yg digunakan utk membuat jalan dll. berkerikil berbatu kerikil dan tidak rata (bkn permukaan jalan dsb): perlumbaan sejauh 20 kilometer melalui jalan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerikil


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gravel packingpadatan kerikil atau pak kerikilKejuruteraanPetroleumKaedah mengawal pasir formasi daripada memasuki lubang telaga semasa pengeluaran berlangsung. Dalam kaedah ini sejumlah kerikil yang terpilih, dengan ukuran tertentu, ditempatkan di hadapan formasi. Kerikil-kerikil ini akan bertindak sebagai penuras, tempat bendalir bebas melaluinya tetapi pepejal formasi akan tertahan. Terdapat berbagai-bagai teknik penempatan kerikil yang boleh digunakan, seperti pak kerikil lubang terbuka dan pak kerikil lubang bersalut, bergantung pada keadaan telaga dan formasi. Kaedah ini digunakan pada formasi-formasi yang tidak pejal, yakni peroi.
gravel-to-stand rationisbah kerikil pasirKejuruteraanPetroleumNisbah saiz butir kerikil terhadap saiz butir pasir formasi. Kerikil yang dimaksudkan adalah kerikil yang digunakan dalam pak kerikil. Parameter ini penting dalam perencanakan pak kerikil. Jika nisbah ini terlalu besar, pasir formasi akan memasuki pak kerikil sehingga mengurangkan nilai ketertelapan pak kerikil. Akibat daripada kejadian ini, kemampuan telaga untuk mengeluarkan minyak akan berkurangan.
cased-hole gravel packpak kerdikil lubang bersalutKejuruteraanPetroleumSuatu kaedah pemasangan pak kerikil iaitu kerikil ditekan/dipamkan melalui lubang tebukan pada selongsong masuk ke dalam formasi pengeluaran. Berbeza dengan kaedah lubang terbuka, di sini lubang telaga bahagian yang berhadapan dengan formasi disaluti oleh selongsong atau pelapik. Kerikil ditahan daripada mengalir bersama minyak dengan cara memasang penapis di dalam telaga.
wikker dikker techniqueteknik wikker dikkerKejuruteraanPetroleumSalah satu teknik pemadatan kerikil di dalam selongsong untuk selang tebukan yang pendek (50 kaki atau kurang). Dalam teknik ini, pelapik diturunkan ke dalam telaga dengan menggunakan tetiub dan ditempatkan berhadapan dengan lubang tebukan. Kerikil kemudiannya dipam masuk pada kadar yang tinggi, dan pada tekanan melebihi gradien retakan, sehingga memenuhi sekitar pelapik dan saluran lubang tebukan. Semasa pengepaman kerikil dilakukan bahagian atas pelapik ditutup. Setelah penempatan kerikil selesai, kerikil yang berlebihan dibersihkan, dan kemudian palam penutup pelapik dicabut dengan batuan tetiub.
gem gravelkerikil permataGeografiTiadaMendapan kerikil yang mengandungi batu permata.
epoxy gravelkerikil epoksiLandskapTiadaBatu kerikil yang diselaputi atau disapu dengan sejenis bahan plastik yang digunakan sebagai hiasan dan kalis air.
openhole gravel packpadatan kerikil lubang terbukaKejuruteraanTiadaPadatan kerikil pada lubang telaga tidak berselongsong.
gravel mulchsungkupan kerikilLandskapTiadaBahan penutup bumi yang diperbuat daripada batu kerikil untuk mengawal rumpai atau keindahan.
gravel gardentaman kerikilLandskapTiadaKawasan berlandskap yang mempunyai pelbagai corak batu kerikil yang terdiri daripada berbagai-bagai saiz, bentuk dan jenis.
gravel gardentaman kerikilLandskapTiadaKawasan berlandskap yang mempunyai pelbagai corak batu kerikil yang terdiri daripada berbagai-bagai saiz, bentuk dan jenis.
1234567

Kembali ke atas