Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak berair atau sudah tidak berair lagi (bkn saluran air, parit, dll): saluran air yg membekalkan air ke sawah semuanya hampir ~ disebabkan kemarau panjang; 2. tidak basah (lagi) atau lembap (lagi): digosoknya dgn sehelai kain yg ~ hingga berkilat; sudah pun ~ kain yg dijemur itu; ikan ~ ikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll); kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan telur (digoreng dan disira dgn air gula); 3. tidak mendapat hujan yg agak mencukupi (bkn daerah, kawa­san, dsb), tidak turun hujan utk jangka waktu yg berpanjangan (bkn musim), kemarau: kawasan ~; musim ~; 4. sudah tidak datang haid lagi; 5. tidak berwang (lagi), habis (wang dll): saya tidak dapat meminjamkan wang kerana saya sendiri pun ~ sekarang ini; 6. habis, putus: sejarah tidak ~ dgn peristiwa; ~-~ air tidak kering sama sekali, lembap; ~ darah(nya) tersirap darahnya (sangat ter­kejut); ~ embun pagi hari kira-kira pukul 8 ­9 pagi; tak ~ gusi tak putus-putus ketawa atau mudah ketawa (kerana kelucuan dll); ~-kelontang (-kerontang, -kontang) kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi, dll); ~ kersang kering tidak subur (bkn tanah); ~ ringkai kering sekali (bkn sesuatu yg dijemur); mengering menjadi kering; mengeringi membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering; mengeringkan menjadikan kering, meng­usahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); kekeringan 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; pengeringan perihal (perbuatan dsb) menge­ringi atau mengeringkan: ~ tanah sawah; pengering alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kering (adjektif)
1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang, dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi,
Berantonim dengan basah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,

3. Dalam konteks durian
bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,

Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan,

Puisi
 

Kucing kurus menggaru papan,
     Papan bernama papan jati;
Kurus kering bukan tak makan,
     Kurus kering memakan hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Kering pengayuh di tangan,
     kering wang di pinggang.

Bermaksud :

Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

 

Lihat selanjutnya...(40)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dry sinksingki keringKesenianHiasan DalamanSingki dapur yang diperbuat daripada kayu, terutamanya pada abad ke-19 di Eropah. Singki kering tidak disambung dengan sebarang bekalan air. Singki ini mempunyai penutup zink pada bahagian atas yang menjadi tempat meletakkan pinggan mangkuk. Bahagian bawah singki pula terdapat ruang yang dijadikan almari kecil. Singki kering juga boleh dijadikan kaunter minuman atau tempat meletakkan pokok hiasan.
dry foambuih keringKesenianHiasan DalamanCecair pencuci yang mengandungi air berkimia yang digunakan untuk membersihkan permukaan permaidani. Buih kering ini juga digunakan untuk memudahkan proses menanggalkan kotoran sebelum permukaan tersebut dibersihkan dengan kaedah vakum.
dry rotreput keringKesenianHiasan DalamanKeadaan yang terjadi pada kayu, gentian, tekstil atau permaidani akibat serangan mikroorganisma. Keadaan ini dapat dikenal pasti melalui kehilangan kekuatan serta sifat asal bahan tersebut. Reput kering pada permukaan belakang permaidani menyebabkannya mudah koyak dan rosak. Bahan daripada jut lebih mudah rosak berbanding bahan sintetik lain. Pereputan pada kayu disebabkan oleh kelembapan dan kurangnya pengudaraan. Sekiranya hujung kayu dibina terlalu dekat dengan dinding atau menggunakan pengikat besi di hujung kayu, kayu tersebut mungkin diserang oleh reputan, walaupun diawet dengan baik.
fruitbuahHerbaTiadaOrgan tumbuhan yang terjadi daripada ovari bunga atau putik. Buah biasanya berbiji, berisi atau kering. Buah utuh dalam bentuk kering atau segar biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, buah pala, buah pinang, buah delima dan buah asam gelugor.
cormumbisiHerbaTiadaBatang pendek yang membengkak dan tumbuh menegak di dalam tanah. Umbisi dilapisi oleh daun nipis bak sisik yang kering dan berfungsi sebagai penyimpanan makanan. Umbisi utuh dalam bentuk kering digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, keladi, keladi tikus dan keledek.
dryer driverpemacu keringKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPemaca dalam motor pengengkol yang digunakan dalam kenderaan berat.
dry linerlapik keringKejuruteraanTiadaTiada
dry linerlapik keringKejuruteraanTiadaTiub dinding tipis yang dipasang ke dalam silinder enjin.
dry rotreput-keringPenilaian Harta TanahTiadaTiada
dry skinkulit keringKejururawatanTiadaKulit yang kurang lembap, bersisik dan berdebu kerana kekurangan air.
12345678

Kembali ke atas