specific heat | haba spesifik | Sains | Hidrometeorologi | Kapasiti haba suatu sistem per unit jisim, iaitu, nisbah antara haba yang diserap (atau dilepaskan) oleh unit jisim sistem terhadap kenaikan (atau jatuhan) suhu yang bersepadanan. Jika nisbah ini berubah mengikut suhu, ia mestilah ditakrifkan sebagai hasil bahagi pembeza dQ/dT; dQ ialah kenaikan infinitesimal haba per unit jisim dan dT kenaikan infinitesimal suhu. Bagi gas, proses termodinamik mesti ditentukan, dan dua haba spesifik ditakrifkan sebagai suatu haba spesifik dalam proses tekanan malar; RUJUK MUKASURAT 41 dan yang satu lagi haba spesifik dalam proses isi padu malar. Dalam gas sempurna, kedua-dua haba spesifik adalah, mengikut takrif, malar mengikut suhu, dan perbezaan haba spesifik pada tekanan malar dan haba spesifik pada isi padu malar adalah sama dengan pemalar gas; R = cp - cv. Bagi udara kering, cp = 1.004 x 107 erg/gm darjah = 0.240 cal/gm darjah dan, cv = 0.717 x 107 erg/gm darjah = 0.171 kal/gm darjah Bagi udara lengas, nilai-nilai tersebut mesti didarabkan dengan (1 + 0.90q) |
drypoint | turis kering | Kesenian | Tiada | 1. Turis kering: Teknik menuris terus ke permukaan plat cetak dengan jarum tajam. |
dry weight | berat kering | Pertanian | Tiada | 1. Berat kering: Berat pepejal tanah setelah semua air mengewap apabila dipanaskan ke suhu 105oC. |
dry hole | lubang kering | Kejuruteraan | Petroleum | SINONIM: 1. telaga kering 2. duster Telaga eksplorasi atau telaga pembangunan yang didapati tidak berupaya untuk menghasilkan gas dan/atau minyak dalam kuantiti yang memadai padi mengimbangi kos pelengkapnya sebagai telaga minyak atau telaga gas. |
sand run | larian pasir | Geologi | Tiada | 1. Gerakan pasir kering yang menyerupai gerakan bendalir.,2. Jisim pasir kering yang sedang bergerak. |
calamus | kalamus | Perubatan | Tiada | 1. Rizom kering daripada tumbuhan Acorus calamus. |
dry stage | tahap kering | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Tahap pengembangan adiabatik udara lengas tanpa wap air yang padanya udara tak tepu yang menaik itu akan menyejuk mengikut perubahan suhu adiabatik kering, iaitu kira-kira 1� per ketinggian 100 m. |
haylage | hailaj | Veterinar | Tiada | Sejenis bahan makanan ternakan ruminan berbentuk separa kering atau separa basah. Bahan ini terdapat dalam kategori antara rumput kering dengan silaj. Penghasilannya dilakukan dengan cara menuai bahan tanaman semasa masih muda atau hijau, dipotong kecil antara 1 cm hingga 2 cm dan dibiarkan di persekitaran sehingga kandungan bahan kering mencapai 40-50% sebelum disimpan di dalam silo menara kedap udara. Nama dagangan bahan ini didaftarkan sebagai merangkumi makanan ternakan yang mempunyai ciri-ciri seperti yang disebutkan. Sinonim hijauan kering. |
crushing strength | kekuatan menghancur | Pertanian | Tiada | 1. Daya untuk menghancurkan satu jisim tanah kering.,2. Daya rintangan jisim tanah kering menahan daripada kehancuran. |
moist air | udara lembap | Geologi | Tiada | 1. Campuran udara kering dan wap air.,2. Udara yang kelembapan nisbinya tinggi. |