Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ker.ja.sa.ma] | کرجاسام

Definisi : 1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong: ~ antara semua pihak yg terlibat amat perlu utk menjayakan projek ini; 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama: jabatan itu dapat bergerak dgn licin hanya jika ada ~ dr pihak orang ramai; seseorang ketua memerlukan ~ drpd orang-orang bawahannya supaya segala yg diselenggarakan berhasil; syarikat ~ syarikat yg dikendalikan bersama oleh ahli­ahlinya (dgn cara saling membantu, menyum­bang, dsb) utk faedah bersama; bekerjasama bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dgn cara saling membantu (menyumbang dsb), bergotong-royong: mereka tidak dapat membuat satu-satu kerja dgn sempurna kalau tidak dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ker.ja.sa.ma] | کرجاسام

Definisi : kerja yg dibuat bersama-sama dan dgn tolong-menolong; gotong-royong: Jabatan itu berjalan licin kerana ada ~ drpd masyarakat. bekerjasama bekerja bersama-sama dan tolong-menolong; bergotong-royong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerjasama (kata nama)
Bersinonim dengan sokongan, bantuan tenaga, persefahaman, gotong-royong;,
Kata Terbitan : bekerjasama,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
allianceperikatanSains PolitikPolitik PerbandinganGabungan kerjasama beberapa individu, organisasi atau negara bagi mencapai faedah dan matlamat yang sama. Kerjasama ini diIihat sebagai satu bentuk kerjasama yang bersifat konkrit, tersusun serta mempunyai struktur tadbir urus yang jelas. Kerjasama ini boleh wujud dalam bentuk gabungan beberapa parti dan beberapa negara. Contohnya, Perikatan Barisan Nasional di Malaysia.
triadic networkjaringan tiga serangkaiSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan kerjasama yang melibatkan tiga negara dan memiliki hak serta peranan yang sama dalam aspek tertentu seperti ketenteraan, ekonomi, kebudayaan dan sosial. Kerjasama ini dibuat sebagai usaha untuk memupuk hubungan baik menjaga kepentingan bersama dan mendapatkan faedah atau keuntungan daripada hubungan tersebut. Contohnya, kerjasama MAPHILINDO antara Malaysia, Filipina dan Indonesia pada tahun 1960-an, SIJORI iaitu kerjasama antara Singapura, Johor dan Riau serta kerjasama BIMP-EAGA antara Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia. Sinonim rangkaian tiga serangkai.
collusionpakatanSains PolitikPolitik PerbandinganKerjasama yang terbentuk di kalangan organisasi, parti atau negara yang bersaing untuk mencapai satu matlamat yang sama. Kerjasama yang terbentuk ini biasanya tidak menjejaskan identiti anggota masing-masing. Dalam konteks kehidupan bermasyarakat, fenomena pakatan wujud sama ada pada tahap individu, organisasi atau negara. Pakatan antara anggota ini boleh wujud dalam dua bentuk yang terdiri daripada bentuk pertama yang dikenali sebagai pakatan kontrak iaitu kerjasama yang terbentuk semata-mata untuk mencapai keuntungan tertentu antara dua atau lebih pihak. Apabila keuntungan sudah dicapai maka pakatan akan berakhir. Pakatan yang kedua ialah pakatan moral yang terbentuk ekoran daripada ideologi yang dikongsi bersama. Pakatan ini lebih bersifat murni kerana jalinan hubungan masih tetap wujud walaupun kerjasama itu telah berakhir. Contoh pakatan ialah Pihak Berikat dalam Perang Dunia Kedua yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, Great Britain dan Perancis.
Organization for Economic Cooperation and Development(OECD)Organisasi Kerjasama dan Pembangunan EkonomiSains PolitikTiadaOrganisasi ini ditubuhkan pada tahun 1961, menggantikan Organisasi Kerjasama Ekonomi Eropah yang telah ditubuhkan pada tahun 1948. Organisasi ini ditubuhkan untuk menyelaras Rancangan Marshall yang bertujuan untuk memulihkan ekonomi Eropah selepas Perang Dunia Kedua. Organisasi ini mempunyai 29 negara anggota, iaitu Australia, Austria, Belgium, Kanada, Czechoslovakia, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Great Britain, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Jepun, Korea, Luxembourg, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Turki dan Amerika Syarikat. Negara anggota organisasi ini mengadakan kerjasama untuk meningkatkan ekonomi, memberi bantuan kepada negara yang belum maju dan menyumbang kepada perluasan perdagangan dunia. Agensi yang beroperasi di bawah organisasi ini ialah Pusat Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi, Pusat Pembangunan dan Agensi Tenaga Nuklear Eropah yang kesemuanya beribu pejabat di Paris. Sinonim OECD.
consociational democracydemokrasi permuafakatanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang kerjasama atau perkongsian kuasa politiknya terbentuk kesan daripada struktur masyarakat yang berbeza dari sudut etnik, agama, bahasa dan budaya. Dalam masyarakat yang majmuk ini, amalan demokrasi yang liberal sukar untuk dipraktikkan. Bagi mengelakkan sebarang konflik, kerjasama di kalangan elit politik atau disebut juga sebagai elit kartel diwujudkan untuk mewakili kepentingan kelompok masing-masing. Melalui cara ini, persefahaman dapat dicapai berhubung dengan pembahagian kuasa dalam kerajaan, amalan budaya, pengagihan kekayaan ekonomi, peluang pekerjaan dan sebagainya. Idea demokrasi permuafakatan dikemukakan oleh sarjana politik Belanda iailu Arend Lijphart sewaktu Persidangan IImu Politik Antarabangsa di Brussel, Belgium pada tahun 1967. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini.
coopetitionkerjasama pesaingPerniagaanTiadaTiada
coopetitionkerjasama pesaingPerniagaanTiadaAmalan antara syarikat yang bersaing di pasaran dalam bekerjasama secara strategik seperti berkongsi sumber sedia ada untuk mengurangkan kos bagi mencapai hasil dan keuntungan bersama.
regional collaborationkerjasama wilayahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPersefahaman dan usaha sama antara wilayah dalam hal ekonomi, pentadbiran, perkhidmatan, dan sebagainya.
consortiumkonsortiumKesusasteraanTiadaKerjasama sementara antara beberapa kuasa, badan-badan, bank dan sebagainya untuk mencapai matlamat yang sama, biasanya dalam perdagangan atau politik.
fraternal insuranceinsurans persaudaraaninsuransTiadaSistem perlindungan kerjasama tanpa keuntungan yang disediakan oleh sesuatu kumpulan kepada ahlinya.
123

Kembali ke atas