gag reflex | refleks gag | Kejururawatan | Tiada | Muntah akibat iritasi kerongkong atau farinks. |
halitosis | halitosis | Kejururawatan | Tiada | Pernafasan yang berbau akibat penyakit kerongkong, gastro dan karies gigi. |
catarrh | katar | Herba | Fitoterapi | Radang pada membran mukosa, terutamanya di dalam hidung dan kerongkong yang mengakibatkan pengeluaran mukus secara berlebihan. |
grunting | mendengus | Kejururawatan | Tiada | Keadaan pernafasan yang menghasilkan bunyi kasar dan rendah dari belakang kerongkong. |
hebal lozenge | lozeng herba | Herba | Tiada | Sediaan herba dalam bentuk pepejal yang mengandungi gula dan gam. Lozeng digunakan untuk merawat penyakit berkaitan mulut dan kerongkong, batuk dan nafas berbau. Lozeng biasanya dikemam supaya melarut secara perlahan-lahan. Contohnya, gula-gula berubat herba. |
gargoyle | gargoil | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ukiran figura aneh yang mengunjur keluar dari bahagian atas dinding bangunan dan berfungsi sebagai penyembur air. Istilah ini berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud kerongkong. |