Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj bahan dlm bentuk helaian nipis yg dibuat drpd kayu dll yg padanya sesuatu ditulis, dicetak, dilukis, dll; 2. sl kad (utk berjudi); ~ akhbar kertas yg kasar dan berkualiti rendah, biasanya digunakan utk mencetak akhbar; ~ bunga sj kertas nipis dlm pelbagai warna yg permukaannya berkedut-kedut, biasanya digunakan utk membuat bunga dsb; ~ bungkus = ~ pembungkus; ~ dinding kertas (bercorak atau bergambar) yg dilekatkan pd dinding (utk menghiasi bilik dll); ~ emas kertas yg berwarna emas dlm kotak pembung­kus rokok dll; ~ embun (kembang, lap, pedap, penetap, sap, tekap) kertas utk mengeringkan tulisan dakwat; ~ empelas (kaca, pasir) kertas berlapis serbuk kaca atau pasir utk menggosok (melicinkan) kayu dll; ~ graf kertas yg bergaris berpetak-petak empat segi (digunakan utk melukis graf atau rajah); ~ jeluang kertas drpd kulit kayu; ~ karbon kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan; ~ kerja makalah bertulis yg mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu (dibentangkan utk perbahasan); ~ khabar ark surat khabar; ~ krep kertas bunga; ~ kulit kulit yg ditulisi; ~ lilin sj kertas yg dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan utk membungkus makanan; ~ litmus kertas yg digunakan utk menguji asid atau alkali; ~ lukis kertas utk dilukis; ~ minyak = ~ telur kertas yg nipis licin (tidak mudah diresap oleh air atau minyak; ~ pembungkus kertas yg diguna­kan utk membungkus barang; ~ pendua kertas utk dihasilkan beberapa banyak salinan sesuatu yg telah ditaip pd stensil; ~ peperiksaan a) kertas yg mengandungi soalan sesuatu mata pelajaran; b) kertas jawaban oleh calon pepe­riksaan dlm mata pelajaran tertentu; ~ positif kertas gambar foto; ~ putih naskhah (dike­luarkan oleh kerajaan) yg mengandungi maklumat (laporan dsb) bkn perkara tertentu (biasanya yg ada hubungannya dgn kepen­tingan orang ramai); ~ rokok kertas utk meng­gulung rokok; ~ saring = ~ turas kertas tapisan (utk menapis barang cair); ~ surih kertas yg nipis, licin, dan hening (digunakan utk menyalin peta dll); ~ taip kertas utk ditaip sesuatu padanya; ~ tisu kertas lembut dan nipis yg digunakan utk mengelap muka dll; ~ tulis kertas surat (kertas kosong utk ditulisi); ~ undi kertas yg disediakan utk seseorang me­ngundi dlm sesuatu pemilihan (pilihan raya dsb); bunga ~ a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan); b) sj pohon bunga; ibarat dakwat dgn ~, bila boleh renggang terlepas prb sangat sesuai (berkasih-kasihan) antara satu sama lain; mengertas; kertas-~ ark perca (cabikan, sobek-sobekan) kertas, berbagai-bagai kertas (yg tidak ada gunanya lagi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kertas I

Puisi
 

Ambil kertas lukis pelamin,
     Mari pelekat di papan geta;
Saya nak pesan kepada angin,
     Dah angin pun tak boleh berkata.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.

Bermaksud :

Suami isteri yang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
watermark paperkertas tanda kertasPerpustakaanTiadaKertas yang mengandungi tera air yang memperlihatkan tanda kertas atau lambang pembuat kertas yang hanya daapt dilihat apabila ditayang pada cahaya
book paperkertas bukuPerpustakaanTiadaKertas yang digunakan dalam pembuatan buku dan majalah bagi membezakannya daripada kertas akhbar, kertas balut, dan kertas tulis.
copy setset kopiPentadbiran PerniagaanTiadaSet kertas yang mengandung kertas asal, kertas karbon dan kertas salinan.
carbon packpek karbonPentadbiran PerniagaanTiadaSet kertas yang mengandungi kertas asal, kertas karbon dan kertas salinan.
paper and paper productskertas dan keluaran kertasEkonomiTiadaKeluaran yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis kertas, termasuk pulpa, papan kertas, papan gentian, dan barang siap yang dibuat daripada kertas seperti kotak bungkusan, penutup botol, sarung surat dan alat tulis, bunga kertas, dan tanglung, tetapi tidak termasuk kertas yang dicetak seperti kad ucap selamat, surat khabar dan buku.
paperkertas; kertas kerjaPentadbiran PerniagaanTiada1. Kertas: Bahan tipis yang dibuat daripada kayu dan lain-lain untuk menulis, mencetak dan sebagainya atau dijadikan pembungkus.,2. Kertas Kerja: Rencana bertulis yang mengandung perbincangan tentang sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu di bentangkan untuk perbahasan lanjut.
spoilt ballot paperkertas undi rosakUndang-undangTiadaKertas undi yang dikembalikan kepada ketua tempat mengundi disebabkan oleh kesilapan tidak sengaja yang dilakukan oleh pengundi sehingga kertas undi itu tidak boleh digunakan sebagai kertas undi. Kertas undi ini mesti dibatalkan oleh ketua tempat mengundi.
paper weightpenindih kertas; berat kertasKomunikasiTiadaTiada
paper weightpenindih kertas; berat kertasKejuruteraanTiadaTiada
paper weightpenindih kertas; berat kertasGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas