litmus paper | kertas litmus | Kimia | Tiada | Kertas yang ditepukan dengan larutan litmus, iaitu larutan yang sebatian terlarutnya diperoleh daripada liken, dan kemudiannya dikeringkan. Kertas inidigunakan sebagai penunjuk pH. Kertas litmus berwarna merah di dalam larutan berasid tetapi berwarna biru di dalam larutan beralkali. Lihat juga litmus. |
litmus paper | kertas litmus | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
litmus paper | kertas litmus | Kimia | Tiada | Tiada |
acid solution | larutan asid | Kimia | Tiada | Larutan akueus yang mengandungi lebih ion hidroksonium daripada ion hidroksil dan menukarkan kertas litmus biru kepada merah. |
acid | asid | Kimia | Tiada | Sebatian kimia yang larut dalam air untuk menghasilkan larutan bernilai pH kurang daripada 7, dan mengubah warna kertas litmus menjadi merah. |
acid | asid | Kimia | Biokimia | Sebatian kimia yang larut dalam air untuk menghasilkan larutan bernilai pH kurang daripada 7, dan mengubah warna kertas litmus menjadi merah. Sebatian ini mengandungi atom hidrogen yang dapat digantikan dengan unsur-unsur positif, juga dapat bertindak sebagai penderma proton (asid Bronsted) atau penerima pasangan elektron (asid Lewis). |
litmus paper | kertas litmus | Kimia | Biokimia | Kertas turas yang diisi tepu dengan larutau litmus, berwarna ungu pada keadaan neutral (pH 7.0), berwarna biru pada keadaan alkali (pH 8.0) dan berwarna merah pada keadaan asid (pH 6.0). Kertas ini digunakan sebagai penunjuk dalam kimia analisis. lih. litmus. |
alkaline solution | larutan beralkali | Kimia | Tiada | Larutan yang mengandungi lebih ion hidroksil, OH-, daripada ion hidroksonium, H3O+, yang diperoleh dengan melarutkan ini mempunyai pH lebih daripada 7, dan dengan itu menukarkan kertas litmus merah kepada warna biru. Larutan ini pahit rasanya, dan dapat mengakis kulit. Misalnya, larutan kalsium hidroksida, Ca(OH)2. |
litmus | litmus | Kimia | Biokimia | Serbuk amorfus berwarna biru yang larut di dalam air dan berubah warna kepada merah pada nilai pH 4.5, atau berubah warna kepada biru pada nilai pH 8.3. Serbuk ini diperoleh daripada liken, terutama daripada spesies Variolaria lecanora dan Variolaria rocella, dan digunakan sebagai penunjuk dalam kimia analisis, lih.kertas litmus. |
acidic solution | larutan berasid | Kimia | Tiada | Larutan akueus yang mengandungi lebih ion hidroksonium, H3O+, daripada ion hidroksil, OH-, yang diperoleh dengan melarutkan asid di dalam air. Larutan ini mempunyai pH kurang daripada 7, dan dengan itu menukarkan kertas litmus biru kepada warna merah. Larutan ini masam rasanya dan dapat melecurkan kulit. Misalnya, larutan hidrogen klorida, HCI. |