Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ruing] | کروءيڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), resak putih, Vatica scortechinii; ~ bulu = ~ cair = ~ pekat sj tumbuhan (pokok), gombang, pokok damar obor, Dipterocarpus baudii; ~ cair = ~ dadih = ~ gombang = ~ keluang = ~ pekat = ~ suji sj tumbuh­an (pokok), Dipterocarpus cornutus; ~ pekat sj tumbuhan (pokok) Dipterocarpus costulatus; ~ buluh = ~ balai = ~ cair = ~ gombang = ~ mempelas sj tumbuhan (pokok), Dipterocarpus crinitus; ~ beku = ~ didih = ~ gombang = ~ pekat sj tumbuhan (pokok), meranti sabut, resak, Vatica perakensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ruing] | کروءيڠ

Definisi : nama sj pokok yg mengeluarkan getah, Dipterocarpus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keruing


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
keruingkeruingPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Dipterocarpus spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Gubal kayu keruing berwarna lebih muda daripada teras kayunya, yang biasanya berwarna merah coklat dan menjadi lebih gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 595 hingga 945 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras sederhana. Sehingga kini terdapat 50 spesies kayu keruing yang sudah direkodkan. Kayu ini dikelaskan kepada dua kumpulan utama, berdasarkan kandungan dan jenis damar dalam kayunya, iaitu keruing berminyak, seperti Dipterocarpus baudii, D. crinitus, dan D. lowii; dan keruing air, seperti D. costatus, D. grandiflorus, dan D. kerri. Kumpulan kayu keruing mempunyai ciri yang berbeza-beza mengikut spesies, dan ini mempengaruhi sifat pemprosesannya. Misalnya, kayu keruing berminyak sukar diproses dan diperekat. Keruing ialah satu daripada spesies kayu dagangan yang utama di Malaysia. Kayu ini sesuai untuk kerja binaan
resakresakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Vatica spp dan Cotylelobium spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah damar keluang, jenuong dan keruing babi. Terdapat tidak kurang daripada 35 spesies kayu resak, termasuk Vatica pauciflora, V. Bancana, Cotylelobium malayanum, dan C.melanaoxylon. Gubal biasanya berwarna lebih muda, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya bagi Cotylelobium spp., tetapi sukar bagi Vatica spp., teras kayunya berwarna kuning pucat, dan berubah menjadi coklat bagi Cotylelobium spp., dan menjadi coklat bagi Vatica spp. apabila terdedah. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 655 hingga 1152 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras berat. Kayu Cotylelobium spp. agak mudah diproses berbanding dengan kayu Vatica spp. kayu resak sangat tahan tetapi lambat mengering dan sukar diawet. Kayu ini sesuai untuk semua kerja binaan berat, seperti jambatan, kayu cerucuk, perabot tahan lasak dan tiang elektrik.
resin canalsaluran damarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSaluran yang terbentuk di antara sel-sel yang biasanya terdapat pada kayu yang banyak mengeluarkan damar, seperti meranti dan keruing.
clear logbalak bersihPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBatang balak tidak mempunyai dahan atau cacat yang nyata seperti buku kayu. Balak seperti ini mudah diperolehi daripada kayu balak tropika seperti meranti dan keruing.
sleeperlandasanPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Kayu yang digergaji atau ditarah mengikut ukuran piawai tertentu bagi mengalas rel kereta api yang digunakan secara langsung atau dengan menggunakan alat khas. Spesis kayu yang biasa digunakan ialah kayu keruing dan kempas yang diawet. 2. Kepingan kayu yang kuat yang disusun di atas tanah untuk menyokong atau mengalas kayu-kayu lain untuk tujuan tertentu, misalnya untuk pengeringan.
gapluangBiologiEkologiKawasan terbuka di kanopi hutan, yang terbentuk akibat kematian pokok besar yang disebabkan oleh umur yang tua atau serangan anai-anai. Dari segi ekologi hutan tropika, luang amat penting untuk penjanaan spesies kayu balak, seperti meranti, Shorea sp. dan keruing, Dipterocarpus, kerana kewujudan luang boleh membebaskan anak cambah spesies tersebut di lantai hutan, yang seterusnya dapat terus membesar.
resinresinHerbaFitokimiaCampuran sebatian asid karboksilik, minyak pati dan sebatian semula jadi lain yang tidak larut air. Pada umumnya, campuran ini mempunyai bau yang kuat tetapi sedap. Campuran ini membentuk bahan keras dan rapuh. Resin digunakan sebagai pewangi, pengilat, perekat dan penyalut kalis air bagi tekstil dan kertas. Contohnya, minyak keruing, kemenyan dan gaharu.
structural timberkayu strukturPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKayu yang digunakan sebagai rangka asas dan struktur penyangga beban yang lain. Ciri utama dalam pemilihan dan penggunaan sesuatu jenis kayu ialah sifat kekuatannya. Di Malaysia, kayu daripada kategori kayu keras berat dan kayu keras sederhana, seperti cengal, balau, belian, kempas, kapur, dan keruing yang boleh digunakan untuk tujuan ini. Sin: kayu binaan.
trestlepenopangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanRangka kayu yang terdiri daripada bahagian mendatar yang biasanya disokong oleh dua kaki condong, dan diperkuat dengan kayu silang. Penopang berfungsi menyangga binaan seperti bagan, jambatan, jeti atau pelantar di tepi sungai. Binaan ini biasanya terendam di dalam air dan memerlukan kayu yang tahan lama dan diawet, seperti cengal, bitis, belian, keruing, dan bakau.
medium hardwoodskayu keras sederhanaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSingkatan KKS. kumpulan kayu keras Malaysia yang sederhana berat hingga berat, berdasarkan Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984, yang mempunyai ketumpatan yang biasanya berjulat antara 700 hingga 900 kg/m3 pada kandungan lembapan 15 peratus. Setengah-tengah kayu dalam kumpulan ini cukup kuat dan berat, tetapi nilai ketahanan semula jadinya tidak begitu baik. Kebanyakannya sederhana tahan dan perlu diawet sebelum digunakan, terutamanya apabila digunakan di kawasan tropika dan bersentuhan dengan tanah. Terdapat lebih kurang 14 spesies kayu dagangan utama, seperti kapur, keruing, dan kempas.
12

Kembali ke atas